Moh Anak Perak Ke PLKN 2.0, Lain Dari Sebelumnya

Apakah anda seorang generasi belia yang punyai semangat patriotik dengan sepenuh hati cintakan pada negara? Akurlah apabila ada kenyataan yang menyatakan bahawa belia kita pada hari ini sukar untuk dipupuk semangat perpaduan dan kesukarelaan yang tinggi di dalam jiwa raga masing-masing.

Hal ini mungkin boleh dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu yang mana kurangnya minat untuk ketahui perjuangan pejuang-pejuang dahulu untuk menuntut kemerdekaan melawan penjajah. Hidup di zaman sekarang yang selesa tanpa pertumpahan darah menyebabkan belia kita pada hari ini leka dan semangat patriotisme semakin menipis.

PLKN 2.0

Pelbagai program yang telah diadakan untuk meraih minat belia kita pada hari ini untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka dan walaupun nampak remeh, namun percayalah ia akan memberi impak yang besar dalam negara kita kerana anda sebagai belia pada hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan!

PLKN 2.0

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Pelaksanaan PLKN 2.0 adalah secara dua fasa dimana bagi fasa 1, para pelatih telah mengikuti program yang dikenali sebagai Integrated Learning Programme (ILP) selama lapan (8) minggu di dalam Kem PLKN di seluruh negara.

PLKN 2.0

ILP merupakan sebuah program yang dilaksanakan secara bersepadu dan terdiri daripada 8 modul utama iaitu Fit4Life, MalaysiaKu, Be Safe Be Alert, i-Upgrade, Service Learning, MyFuture, Tech+Talk dan Spirituality. Modul-modul ini masih menerapkan elemen teras PLKN iaitu Patriotisme (Cinta Negara), Perpaduan dan Kesukarelaan dengan suntikan elemen baru iaitu Kemahiran.

Bagi meneruskan lagi kesinambungan elemen kemahiran, para pelatih PLKN akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke fasa 2 PLKN 2.0 iaitu latihan dalam bidang kemahiran teknikal di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau pun Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) untuk tempoh antara 3 hingga 36 bulan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipilih.

PLKN 2.0

Jika anda termasuk dalam kriteria kriteria yang dinyatakan dibawah, maka anda berpeluang untuk membuktikan diri dalam menunjukkan semangat patriotisme dalam diri dan secara tidak langsung bersama-sama terlibat dan berganding bahu serta bersatu tenaga bagi melangkah menuju Transformasi Nasional 2050. Kriterianya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Remaja lepasan SPM yang berumur sehingga 21 tahun
  • Berminat untuk sertai PLKN 2.0 dan Fasa 2 (Program Kemahiran Teknikal di Institut Latihan Kemahiran Awam & Swasta)
  • Belum pernah sertai PLKN 2.0
  • Sihat tubuh badan
  • Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga

Untuk menjejakkan selangkah kaki di dalam program yang ditawarkan ini dan jika anda berminat untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan hal ini berkenaan dengan pertanyaan untuk penglibatan, pendaftaran dan sebagainya, anda boleh terus berhubung dengan nombor yang tertera di bawah:

PLKN 2.0

Secara tidak langsung, dengan program ini sedikit sebanyak dapat menyediakan bilangan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal bagi memenuhi pasaran kerja di Malaysia. Selain daripada itu, ia dapat melahirkan golongan remaja yang lebih patriotik dan cintakan negara!

Moh ke PLKN 2.0!

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.