Lebuh Raya Tinggal Di Gua Tempurung Sejak 1996

Sepertimana yang kita diberitahu, kewujudan​ Gua Tempurung ini dipercayai telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu lagi. Ia juga pernah menjadi tempat tinggal untuk manusia mendapatkan perlindungan berikutan dengan adanya lukisan-lukisan purba yang ada di dinding gua batu kapur yang terbesar di semenanjung Malaysia ini.

Banyak kisah-kisah mistik dan misteri yang sering menjadi buah mulut buat pengguna lebuh raya utara selatan apabila melalui kawasan Gua Tempurung ini. Hal ini kerana kawasan ini adalah antara kawasan yang paling kerap ada kemalangan maut. Dikatakan, ada makhluk halus yang menggangu dan menjadi punca kemalangan walaupun pada asalnya punca sebenarnya adalah kecuaian pemandu yang gemar memandu laju dikawasan tersebut.

Struktur kawasan di sekitar gua tumpurung yang terletak berhampiran dengan lebuh raya utara selatan ini adalah berbentuk gunung ganang yang diliputi hutan hujan khatulistiwa yang tebal. Dan kini, apa yang kita dapat lihat adalah banyak gunung ganang ini digondolkan untuk mengambil kayu balak, batu-batuan dan lain-lain hasil bumi untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia sendiri iaitu bahan-bahan untuk dijadikan penempatan.

Lebuh Raya Tinggal Di Gua Tempurung Sejak 1996

Berkemungkinan, atas faktor-faktor inilah yang menyumbang ke arah kes-kes tanah runtuh yang sudah beberapa kali berlaku dikawasan tersebut. Masihkah anda ingat akan kejadian tanah runtuh pada 6 Januari 1996 yang berlaku berdekatan dengan hentian rehat Gua Tempurung? Kejadian yang berlaku pada hari itu meninggalkan kesan yang masih kita dapat lihat pada hari ini.

Kejadian tanah runtuh yang menggemparkan penduduk Malaysia pada ketika itu berlaku di lereng bukit kilometer yang ke 303.8 di lebuh raya utara selatan. Ia terletak betul-betul di dalam kawasan Gua Tempurung dan berdekatan dengan hentian rehat Gua Tempurung.

Anda pasti akan perasan tentang kewujudan lebuh raya lama yang ditinggalkan dan tidak lagi digunakan sejak tahun 1996 apabila lalui kawasan ini. Ianya ditinggalkan kerana berlakunya tanah runtuh yang menyebabkan struktur jambatan lebuh raya tersebut rosak teruk dan mungkin sukar untuk dibaiki lagi.

Apabila anda lalui lebuh raya dikawasan ini menuju ke arah selatan, perhatikan disebelah kiri laluan jalan lebuh raya yang digunakan sekarang. Disitu anda akan dapat lihat kesan jambatan lebuh raya lama yang ditinggalkan. Sebenarnya, laluan yang sedang kita gunakan hari ini adalah laluan baru yang dibina untuk mengelak kawasan tanah runtuh.

tanah r'untuh

kesan tanah runtuh pada tahun 2004

Akibat daripada kejadian tanah runtuh ini, ia telah mengorbankan seorang pemandu lori yang melalui lebuh raya tersebut dan meninggal di tempat kejadian. Prof. Dr. Ibrahim Komoo daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendakwa, kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan berhampiran Gua Tempurung, adalah akibat aliran lumpur yang berlebihan (banjir lumpur).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.