Latihan Kemahiran Industri Percuma Di Perak

Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) adalah Pusat Latihan Kemahiran Negeri Perak dan Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka ada melaksanakan pentauliahan persijilan kompetensi yang diiktiraf dalam negeri serta antarabangsa.

Hari ini, kami ada berita baik untuk semua pembaca setia orangperak.com terutamanya golongan belia dan pelajar lepasan SPM. Untuk makluman anda semua, Pusat Pembangunan Modal Insan Perak ada menawarkan peluang kepada belia dan pelajar lepasan SPM untuk mengikuti latihan kemahiran industri untuk sesi 2017 yang akan datang. Dikatakan yuran program akan dibiayai 100% untuk pelajar yang dipilih dan penempatan pekerjaan di industri setelah tamat latihan adalah terjamin.

Ianya adalah peluang yang baik untuk menaikkan kemahiran individu lantas terus menaikkan pengalaman dalam bidang yang anda ceburi. Untuk makluman anda semua, pengambilan akan diambil untuk sesi Mei 2017 dan tempat adalah terhad. Program yang disenaraikan dibawah akan dijalankan di lokasi latihan Pusat Pembangunan Modal Insan Perak yang terletak di Bandar Meru Raya. Antara program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • SKM Tahap 2 : Automotif – Servis selepas dijual (12 bulan)
  • SKM Tahap 2/3 : Kejuruteraan Automasi Indrustri – Mekatronik (18 bulan)

Untuk makluman anda, syarat-syarat wajib untuk kemasukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun hingga 45 tahun.
  • Pendapatan seisi keluarga kurang dari RM3,500.
  • Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk bekerja di industri.

Apa yang menariknya tentang Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) ini adalah mereka juga akan membantu setiap pelajar dalam merangka pelan masa hadapan mereka setelah tamat program. Setiap graduan Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) juga dijamin akan mendapat pekerjaan di industri dalam masa 3 bulan selepas tamat pembelajaran. Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam program ini, anda bolehlah menghubungi pegawai Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) sebelum 30 Mei 2017 seperti maklumat dibawah.

  • Cik Norshazila
  • norshazila[at]phcdc.edu.my
  • 05-525 1422

Pemantauan dan penilaian secara berterusan oleh pengurusan akan dijalankan, industri dan pihak berkepentingan dalam pendidikan, latihan pembangunan kemahiran bagi memastikan kelestarian dan kualiti latihan Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC). Mereka juga akan mengemaskinikan ketetapan mengenai isu-isu kritikal dan meneroka kaedah-kaedah dan teknik-teknik menangani pembangunan modal insan dan pembangunan kemahiran. Buat mereka diluar sana, jangan tunggu lagi, segeralah reput peluang keemasan yang ada.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here