Klinik Pakar Kulit Paling Popular Di Perak, Klinik Nagoke

bantu kami teruskan operasi : donate

Inilah tempatnya iaitu klinik yang menjadi bualan buah mulut orang ramai apabila setiap kali hendak berikhtiar untuk merawat apa juga jenis penyakit kulit. Untuk makluman anda, klinik ini sentiasa dipenuhi dengan orang ramai pada setiap hari. Mereka yang datang ke klinik ini adalah kebanyakannya mereka yang mempunyai pelbagai masalah penyakit kulit dan mereka juga datang dari merata lokasi tidak kira dekat dan juga jauh untuk merawat penyakit kulit mereka.

Sudah beberapa kali klinik ini tular di media sosial berkenaan dengan keberkesanan menyelesaikan pelbagai masalah penyakit kulit pesakit yang datang. Jadi, mereka yang pernah mendapatkan rawatan di klinik ini seringkali mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan untuk menyembuhkan apa sahaja penyakit kulit dengan berkunjung ke klinik pakar kulit yang paling popular di Perak ini untuk mendapatkan rawatan.

business kad klinik nakoge

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Klinik Nagoke terletak di Tanjung Tualang ( GPS 4.326833, 101.055248 ) beralamat di No. 9, Laluan Sungai Durian, Tanjung Tualang, 31800 Tanjung Tualang, Perak. Klinik pakar kulit yang paling popular di Perak ini dibuka untuk pesakit dapatkan rawatan adalah seperti maklumat di bawah:

  • Isnin – Jumaat : 8.30 am hingga 5.30 pm
  • Sabtu : 8.30 am hingga 1.30 pm
  • Ahad : Cuti
  • Tel : 05 – 360 9217

beratur di klinik nakoge

orang ramai beratur sebelum klinik dibuka

Klinik Nagoke juga turut dikenali dengan nama “Klinik Legend” dikalangan orang muda kerana klinik ini dikatakan beroperasi sudah lama sejak zaman datuk nenek mereka (golongan muda) lagi di lokasi yang sama. Jika anda rancang untuk datang mendapatkan rawatan dan anda merupakan pesakit dari jauh, sila hubungi nombor yang tertera dahulu untuk pastikan doktor ada atau tidak. Kadangkala, doktor ada hal keluarga dan hal lain yang tidak dapat dielakkan dan terpaksa keluar sehingga dua ke tiga hari. Jadi adalah lebih baik untuk anda hubungi dan memastikannya dahulu sebelum datang.

doktor sivadas

Bukan penduduk setempat sahaja yang sentiasa membanjiri Klinik Nakoge ini, malah ada juga mereka yang datang dari Pahang, Johor dan lain-lain negeri di serata semenanjung Malaysia semata-mata untuk mendapatkan rawatan di Klinik Nakoge di Tanjung Tualang ini dan rata-rata mereka semua berpuas hati dengan keberkesanan ubat dan rawatan yang diberikan oleh doktor. Biarpun agak jauh, lumrah manusia dalam keinginan untuk kembali putih seperti sediakala menjadi faktor utama dan mendorong untuk berikhtiar dan mendapatkan rawatan.

keadaan dalam Klinik Nagoke dan kredit video kepada Sarah サラリリ

Sentiasa penuh dengan pesakit sejak awal dibuka dan sehinggalah klinik ditutup, anda dinasihatkan untuk datang dan terus beratur di depan klinik seawal 7 pagi sebelum klinik dibuka pada jam 8.30 am supaya anda jadi yang terawal untuk mendaftarkan diri dalam mendapatkan rawatan.

klinik nakoge nombor habis

Jika anda lewat, maka alamatnya sampai ke tengah hari pun belum tentu giliran anda akan dipanggil untuk mendapatkan rawatan atau lebih malang sekali, anda kena datang semula esok hari kerana giliran telah habis untuk hari tersebut.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.