Kisah Menara Pavilion Di Kuala Kangsar

Menara Pavilion adalah salah satu mercu tanda buat Kuala Kangsar. Pada satu ketika dahulu, menara Pavilion ini adalah antara salah satu bangunan yang punyai sentuhan seni bina rekaan Melayu paling indah yang pernah ada di Kuala Kangsar.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, menara Pavilion ini terletak di Jalan Bendahara di bandar diraja Kuala Kangsar. Lokasinya seakan-akan terpinggir dari pandangan walaupun lokasinya terletak berhadapan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan bersebelahan Dewan Jubli Perak.

Kisah Menara Pavilion Di Kuala Kangsar

Bangunan ini adalah salah satu monumen bersejarah yang ada di Kuala Kangsar dan namun begitu, tidak ramai yang berkunjung ke menara Pavilion ini kerana rata-rata mereka tidak tahu akan kisah disebalik apakah peranan menara Pavilion setelah dibina.

Bangunan tiga tingkat ini dibina pada tahun 1920 sebelum siapnya pembinaan Istana Iskandariah yang siap dibina pada tahun 1933 menggantikan Istana Negara. Seni bina dan rekaan menara tradisional berbentuk elegan ini dibina menghadap padang yang lapang.

Kisah Menara Pavilion Di Kuala Kangsar

Menara Pavilion didirikan sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak yang ke 30) yang memerintah Perak sejak dari tahun 1918 hingga ke tahun 1938. Arkitek yang dipertanggung-jawab untuk menjayakan pembinaan bangunan ini adalah NE Don BCD.

Dikatakan bahawa menara Pavilion ini digunakan sebagai pusat rekreasi untuk isteri para pegawai istana dan orang penting lain untuk sebarang upacara dan perayaan istimewa. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) selepas bermain polo.

Kisah Menara Pavilion Di Kuala Kangsar

Sekarang, ia tidak lagi digunakan oleh mana-mana kerabat dan ia dijaga dengan rapi oleh majlis daerah untuk tatapan mereka yang datang ke Kuala Kangsar. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, menara Pavilion ini juga turut dikenali sebagai The Pagoda of Malaysia.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.