Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Setiap jalan yang dinamakan sempena nama individu sememangnya punyai cerita menarik dan semakin dilupai ramai. Tujuan jalan-jalan tersebut dinamakan sempena nama individu adalah untuk memperingati jasa mereka yang amat besar.

Namun apa yang berlaku hari ini, tidak ramai yang tahu apakah kisah yang berlaku disetiap nama jalan sehinggakan nama mereka digunakan untuk jalan tersebut. Teruskan membaca untuk ketahui tentang kisah Lim Bo Seng.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Lim Bo Seng dilahirkan di Nan’an Fujian di negara China. Beliau adalah anak yang ke 11 dan anak lelaki pertama dalam keluarga. Pada tahun 1925, beliau telah datang ke Singapura ketika berusia 16 tahun untuk belajar di Raffles Institution di bawah kerajaan penjajah British.

Kemudian, Lim Bo Seng melanjutkan pelajarannya ke Universiti Hong Kong. Setelah menamatkan pelajarannya, Lim Bo Seng terus mewarisi perniagaan oleh bapanya apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1929. Perniagaan yang dijalankan oleh Lim Bo Seng adalah pembuatan batu bata dan pengeluaran produk makanan iaitu biskut.

Kemudian, beliau cuba nasib dalam perniagaan bidang pembinaan bangunan dengan saudaranya. Lim Bo Seng berjaya dalam perniagaan dan beliau juga adalah merupakan tokoh terkemuka dalam masyarakat cina di Singapura dan juga di Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Jangan anda tidak tahu, Lim Bo Seng pernah dicalonkan dan memegang beberapa jawatan penting dalam masyarakat. Antaranya adalah Pengerusi Persatuan Industri Bangunan Singapura, Ahli Lembaga Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura, Pengarah Eksekutif dan Pengarah Pendidikan Persatuan Hokkien Singapura.

Apa yang mengkagumkan tentang Lim Bo Seng adalah sebagai ketua Kor Perkhidmatan Buruh dan beliau bertanggung-jawab dalam menyediakan buruh kepada kerajaan British untuk persediaan perang semasa pencerobohan tentera Jepun.

Apabila tentera Jepun mula hendak masuk ke Singapura dari Tanah Melayu, Lim Bo Seng bersama-sama dengan anak buahnya lah yang telah memusnahkan tambak untuk merumitkan tentera Jepun naik ke tanah Singapura. Namun, tentera Jepun tetap juga dapat masuk ke Singapura.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Sewaktu Singapura hampir jatuh, Lim Bo Seng meninggalkan keluarganya untuk pergi ke India supaya dapat berlatih dalam bertarung di hutan dan kemudian mengumpul pejuang-pejuang untuk membentuk Force 136. Ia adalah pasukan operasi khas yang ditubuhkan oleh British pada bulan Jun 1942 untuk menyusup dan menyerang tentera Jepun di Tanah Melayu.

Lai Teck yang merupakan salah seorang anggota Force 136 menjadi tali barut tentera Jepun dan mengkhianati Lim Bo Seng. Lai Teck telah membocorkan maklumat penting yang mana ia membolehkan tentera Jepun membaca mesej berkod dari Force 136. Oleh yang demikian, malang sekali pada bulan Mac 1944 Lim Bo Seng ditangkap oleh kempeitai (polis Jepun) jalan raya di Gopeng, Perak.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Beliau teruk disiksa dengan kejam oleh tentera Jepun dalam soal siasat kerana Lim Bo Seng enggan mendedahkan nama orang yang bekerja dengannya terhadap orang Jepun.

Sewaktu menjadi tahanan di dalam penjara Batu Gajah, Lim Bo Seng dikatakan seringkali berkongsi makanannya dengan tahanan lain kerana tahanan penjara zaman Jepun sememangnya disiksa dengan kebuluran.

Akibat dari kekurangan makanan dan tekanan dan siksaan dari tentera Jepun, Lim bo Seng menjadi tidak sihat semasa dalam penjara dan jatuh sakit. Pada 29 Jun 1944 pada ketika usia 35 tahun, beliau meninggal dunia di penjara Batu Gajah di Perak.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Lebih menyedihkan lagi pada mulanya, tentera Jepun hanya tanam mayat Lim Bo Seng di belakang kompleks penjara Batu Gajah dengan tidak bertanda. Namun selepas Jepun menyerah kalah, isteri Lim Bo Seng dimaklumkan tentang kematian suaminya oleh paderi St. Andrew’s School dan beliau pergi ke Batu Gajah bersama anak sulungnya untuk mencari dan membawa pulang mayat suaminya dengan kereta api.

Pada 7 Disember 1945, mayat Lim Bo Seng tiba di Tanjong Pagar, Singapura dan diarak oleh ramai pegawai British dan ahli perniagaan terkemuka dari stesyen kereta api Tanjong Pagar hingga ke Kilang Hock Ann Biscuit di Upper Serangoon Road melalui Armenian Street.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Mayat mendiang Lim Bo Seng kemudian dimasukkan ke dalam keranda dan dikebumikan dengan gaya penuh ketenteraan di bukit MacRitchie Reservoir, Singapura. Lim Bo Seng juga dianugerahkan dengan pangkat Major-Jeneral oleh kerajaan Nasionalis Republik China.

Kisah Lim Bo Seng Ditanam Tak Bertanda Di Belakang Penjara Batu Gajah

Namanya Lim Bo Seng turut diabadikan di depan Kinta Riverfront Hotel And Suites dan bersebelahan Taman D.R Seenivasagam untuk memperingati jasanya dalam menentang tentera Jepun sehingga ke akhir hayatnya.

Leave a Comment