Ketua Polis Negara Ke 11 Adalah Anak Kelahiran Perak

Dengan persaraan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara pada 4 September 2017, seorang anak kelahiran negeri Perak yang dilahirkan di Batu 16, Lambor Kanan bernama Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru berkuatkuasa pada 4 September 2017.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersara sebagai seorang anggota polis selepas 41 tahun berkhidmat apabila mencapai umur 60 tahun dan oleh itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke 11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

ketua polis negara ke 11

Anak kelahiran Lambor Kanan yang menjadi kebanggaan seluruh warga Perak Tengah ini dilantik pada usia 58 tahun yang mana terdapat jangka masa selama 2 tahun lagi sebelum bersara. Beliau mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak pada 6 November 1975.

gambar kelas ketua polis negara

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mempunyai kelulusan pendidikan yang amat membanggakan. Antaranya adalah Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi.

gambar kelas ketua polis negara

Beliau juga turut pernah menyandang pelbagai jawatan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Antara jawatan yang pernah disandang oleh Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun adalah Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Polis Selangor, Timbalan Ketua Polis Negara, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) di Bukit Aman.

Pada tahun 2014 yang lalu pula, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Bakri Zinin telah bersara wajib.

ucapan dari dato zaim ucapan dari kp shahril

Seluruh warga negeri Perak dan terutamanya mereka yang berada di Perak Tengah amat gembira dengan perlantikan anak kelahiran tempatan negeri Perak sebagai Ketua Polis Negara Malaysia. Ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada ketua polis yang baharu ini. Tahniah juga dari kami warga orangperak.com kepada Ketua Polis Negara yang ke 11.

Leave a Comment