Ketua Polis Malaysia Paling Muda Dan Paling Lama

Tun Mohammed Hanif bin Omar adalah anak jati kelahiran Perak yang merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau dilahirkan di No.15, Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan pada 16 Januari 1939. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tun Mohammed Hanif bin Omar

Sewaktu belajar di MCKK, selain aktif dalam bidang kokurikulum dengan cemerlang, beliau juga telah menjadi Ketua Pengawas selama 3 tahun berturut-turut. Beliau meneruskan pengajian ke Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera di Singapura pada tahun 1959 dan kemudiannya telah menyambung dalam bidang lain dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang dari University of Buckingham di London.

Tun Mohammed Hanif bin Omar

Ketua Polis Negara Malaysia yang ke empat, Tun Mohammed Hanif bin Omar ini juga pernah menjadi Ketua Polis negeri Melaka pada 7 September 1970 dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Untuk makluman tambahan anda semua pembaca orangperak.com , pada 1 Februari 1973, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara dan seterusnya menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.

Tun Mohammed Hanif bin Omar

Sumbangan terbesar Tun Mohammed Hanif bin Omar kepada negara kita adalah beliau merupakan seorang tokoh yang paling muda dan yang paling lama yang diberi mandat untuk memegang jawatan Ketua Polis Negara dari 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994 yang mana pada ketika diberi mandati itu sewaktu beliau berumur 35 tahun. Beliau amat berjasa dan banyak terlibat dalam kebanyakan peristiwa penting negara seperti Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berikut insiden hitam 13 Mei.

Tun Mohammed Hanif bin Omar

Antara peristiwa penting yang lain yang harus diingati adalah Tun Mohammed Hanif bin Omar bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman di Persidangan Manila berhubung dengan penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963 dan juga merupakan antara wakil Kerajaan Malaysia di Perjanjian Damai yang dimeterai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Tambahan maklumat yang menarik untuk anda berkenaan dengan Tun Mohammed Hanif bin Omar. Beliau adalah cucu kepada Mohammad Jabar bin Bardot yang dikenali dengan nama Ngah Jabor yang merupakan pengasas kepada daerah Kapar dan bukan calang-calang orang di Negeri Perak pada satu ketika dahulu. Nak kenal datuknya pula? Jom baca tetang Ngah Jabor atau nama sebenar beliau Mohammad Jabar bin Bardo.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

37 − = 36