Ketahui Asal Usul Dan Sejarah Mukim Lambor, Perak

Mukim Lambor merupakan sebuah mukim yang terletak di Negeri Perak dan merupakan salah satu Mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Perak Tengah.

Mukim Lambor terbahagi kepada dua pecahan kawasan iaitu Mukim Lambor Kanan iaitu kawasan di sebelah kanan tebing Sungai Perak dan Mukim Lambor Kiri iaitu kawasan di sebelah kiri tebing Sungai Perak.

Menurut sejarah pada zaman dahulu, setiap mukim diketuai oleh seorang pemerintah yang dipanggil penghulu iaitu terdiri daripada pembesar-pembesar bertahap Orang Besar Tiga Puluh Dua manakala mukim yang lebih besar diketuai oleh pembesar-pembesar bertahap Orang Besar Enam Belas.

Kebanyakan mukim diketuai oleh seorang penghulu yang terdiri daripada satu keluarga atau ketua asal yang mengasaskan penempatan atau mukim tersebut secara turun-temurun.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama Lambor dikatakan berasal dari perkataan bahasa orang asli suku Semai yang membawa maksud tempat menyambut tetamu, berbincang atau bersembang.

Pada makna lain perkataan Bor pula membawa maksud baik, suci, bersih atau bagus. Di dalam kepercayaan masyarakat Orang Asli Suku Semai terdapat suatu upacara atau penyembahan yang bernama Lambor. Maka boleh dirungkaikan Mukim Lambor ini berfungsi sebagai lokasi tempat pertemuan dan perbincangan.

Diceritakan setelah Kerajaan Gangga Negara diserang Rajendra Chola dari India Selatan, pada waktu itu Negeri Perak tidak mempunyai pemerintahan beraja dan nama khusus.

Namun begitu waris-waris dari Kerajaan Gangga Negara telah bersatu dengan kerabat diraja Pasai-Aceh yang berketurunan Demang Lebar Daun mendirikan sebuah kerajaan baru iaitu Kerajaan Beruas.

Di masa itu sebahagian besar kawasan di Negeri Perak belum lagi diteroka sepenuhnya dan belum lagi mempunyai pemerintahan beraja atau pun pemerintah tempatan.

Kawasan-kawasan di tepi tebing Sungai Perak dan di tepi pantai rata-ratanya didiami oleh masyarakat Orang Asli dari pelbagai suku dan mereka hidup secara berpuak-puak seperti suku Temiang, Semai, Semang dan lain-lain. Mereka tidak mempunyai ketua-ketua atau pemerintah-pemerintah tertentu dan mengamalkan cara hidup tidak bercampur dengan masyarakat luar.

Tun Khamis yang berketurunan bangsa muntah lembu dari Bukit Siguntang Palembang bersama pengikut-pengikutnya dikatakan telah datang dari Pasai-Aceh menaiki sebuah kapal tongkang layar menyeberang laut besar menuju ke Semenanjung Tanah Melayu.

Beliau bersama pengikut-pengikutnya mendarat di Negeri Perak melalui Sungai Perak mudik ke hulu untuk membuka penempatan baru pada mulanya di tepi tebing Sungai Perak disebelah kiri mudik iaitu kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Lambor Kiri.

Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri
Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri

Masyarakat Orang Asli Suku Semai pada mulanya tinggal menetap di kawasan yang kemudiannya dikenali nama sebagai Kampung Tua,Lambor Kanan. Disitulah kawasan masyarakat Orang Asli Suku Semai akan berhimpun dan berkumpul mengadakan keramaian serta upacara penyembahan Lambor. Kedatangan Tun Khamis dan pengikut-pengikutnya telah disambut baik oleh masyarakat Orang Asli Suku Semai.

Usaha Tun Khamis membuka lebih banyak penempatan baru disambut baik dan dibantu oleh masyarakat Orang Asli Suku Semai. Beliau dan pengikut-pengikutnya telah mengerahkan Orang-Orang Asli Suku Semai yang tinggal bertebaran di kawasan sekitar dengan secara kerahan iaitu tanpa memberikan sebarang gaji atau wang upah namun begitu diberikan mereka makan dan sedikit pemberian tembakau.

Tun Khamis memilih kawasan-kawasan yang berdekatan dengan tepi tebing Sungai Perak yang kaya dengan sumber ikan untuk dijadikan perkampungan. Beliau akan menempatkan seorang dua atau tiga dari pengikut-pengikutnya di setiap kawasan yang akan dijadikan perkampungan.

Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri
Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri

Setiap dari pengikut-pengikut Tun Khamis yang ditempatkan pula akan mengumpulkan Orang-Orang Asli Suku Semai untuk disuruh berkerja bagi menebas,menebang hutan-hutan dan bercucuk tanam pokok-pokok buah-buahan serta menternak haiwan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan kerbau untuk dijadikan sumber makanan.

Pada akhirnya pengikut-pengikut Tun Khamis yang ditempatkan di setiap perkampungan menjadi ketua dan ikutan masyarakat di perkampungan tersebut. Maka terbukalah penempatan-penempatan baru yang dijadikan perkampungan diserata kawasan dan mereka memilih nama Lambor sebagai nama penempatan baru dibuka iaitu Lambor Kanan bagi Kampung Tua di sebelah kanan mudik dari Sungai Perak manakala Lambor Kiri bagi perkampungan yang dibuka mudik di sebelah kiri Sungai Perak.

Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri
Makan orang Acheh di mukim Lambor Kiri

Keseluruhan masyarakat disitu mengangkat Tun Khamis sebagai pemerintah di Mukim Lambor dengan gelaran Maharaja Lambor. Setelah kedatangan masyarakat Orang Melayu yang lebih ramai di Mukim Lambor, mereka membuka lebih banyak lagi kawasan penempatan baru di sebelah tebing kiri Sungai Perak dan disebelah tebing kanan Sungai Perak.

Manakala masyarakat Orang Asli Suku Semai yang pada asalnya tinggal menetap disitu telah berpindah jauh ke darat di kawasan Air Denak dan lain-lain kawasan pendalaman namun begitu terdapat sebilangan kecil dari masyarakat.

Orang Asli Suku Semai yang pada asalnya tinggal menetap disitu telah berpindah jauh ke darat di kawasan Air Denak dan lain-lain kawasan pendalaman namun begitu terdapat sebilangan kecil dari masyarakat Orang Asli Suku Semai memilih untuk tidak berpindah dan terus menetap disitu serta berkahwin dengan masyarakat Orang Melayu,berasimilasi dengan gaya hidup masyarakat Orang Melayu.

Di masa itu Negeri Perak tidak mempunyai pemerintahan beraja sebaliknya setiap Daerah dan kawasan-kawasan diperintah oleh pemerintah-pemerintah tempatan di kawasan Daerah Perak Tengah iaitu di Mukim Lambor diperintah oleh Maharaja Lambor Tun Khamis di Daerah Hulu Perak diperintah oleh Seri Dewangsa Tun Saban di kawasan Temong diperintah oleh Tun Perabu atau lebih dikenali sebagai Tok Temong.

Perkongsian maklumat ini adalah hasil perkongsian daripada saudara Nazrin Suhaimi dari Seri Iskandar yang merupakan cucu cicit dari keturunan Toh Maharaja Dewa Panjang Ogek bin Uda Katab.

Leave a Comment