Kenali Tasik Temenggor di Perak

bantu kami teruskan operasi : donate

Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap sepenuhnya pada 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.

peta tasik temenggor

Tasik buatan manusia ini terletak sejauh 200km dari Ipoh. Ia terletak di laluan yang dikenali sebagai Lebuh raya Timur Barat. Jika anda datang dari Ipoh atau dari Pulau Pinang, adalah menjadi satu kewajipan untuk mengisi minyak kendekraan dengan penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.

tasik temenggor

Jabatan Perikanan Perak telah ditugaskan untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Temenggor. Tasik Temenggor dibahagikan kepada Zon Pemuliharaan, Zon Perikanan Rekreasi dan Zon Komersial. Zon Pemuliharaan merangkumi bahagian utara Tasik Temenggor iaitru Sungai Kejar, Sungai Tiang dan Sungai Gadong. Tasik Temenggor juga ada sebahagian lokasi sebagai ternakan ikan air tawar oleh kerana ikan sungai terdedah kepada kepupusan akibat pembuangan sisa toksik, penyeludupan dan penggunaan bahan kimia serta bom ikan, renjatan kuasa elektrik dan tuba.

tasik temenggor

Sejak 1997, Jabatan Perikanan Perak mengeluarkan baka induk dan benih ikan air tawar melalui Pusat Perikanan Darat (PPD) di Banding. PPD Banding beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2006 sebagai pusat pengembangan yang memberi khidmat nasihat teknikal, pusat sumber maklumat dan rujukan. Ikan yang bernilai tinggi seperti ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam sungai dapat dijadikan ikan pekasam. Udang galah banyak terdapat di Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Kampung Dew di Kamunting, Taiping.

tasik temenggor

Syarikat usahasama Malaysia-Norway, Trapia Malaysia Sdn Bhd mengusahakan ternakan ikan tilapia di Tasik Banding secara komersial. Tasik Temengor mampu mengeluarkan 40,000 tan metrik ikan setahun daripada aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.