Kenali Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

bantu kami teruskan operasi : donate

Sepertimana yang kita tahu, sistem giliran untuk Raja-raja yang ada di Perak untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan negeri Perak yang tercinta ini adalah yang paling unik dari sistem yang ada di negeri-negeri berdaulat bersultan yang lain. Untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak, seorang raja harus melalui beberapa jawatan gelaran raja yang adil dan saksama untuk ditentukan giliran menjadi Sultan kepada negeri Perak.

Artikel di orangperak.com pada kali ini ingin memperkenalkan kepada anda semua pembaca setia tentang seorang raja yang merupakan pewaris ke empat untuk dinaikkan takhta menjadi Sultan Perak. Individu tersebut tidak lain tidak bukan adalah Yang Teramat Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah. Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah kini memegang gelaran Raja Kecil Sulung untuk negeri Perak Darul Ridzuan.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah merupakan bekas pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah kemudian meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di salah sebuah sekolah menengah yang berprestij di Malaysia iaitu Sekolah Antarabangsa Garden (GIS) yang terletak di Kuala Lumpur.

Kemudian, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah meneruskan pendidikannya di Marlborough College Malaysia untuk mendapatkan A-Level. Setelah berjaya mendapatkan A-Level, Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah terus menlanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang paling tua dan paling terkenal iaitu Universiti Cambridge, London di United Kingdom.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Disini ada serba sedikit pengenalan untuk anda lebih kenal siapakah Raja Kecil Sulung negeri Perak. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah cucu kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34) dan juga anak saudara kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35). Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah anak kedua dari tiga adik beradik kepada Almarhum Raja Ashman Shah yang merupakan adinda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35).

Oleh kerana Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah anak saudara kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35), hal ini secara tidak langsung membuatkan Raja Ahmad Nazim Shah adalah sepupu kepada Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan) dan Raja Nazira Safya yang kedua-duanya merupakan anakanda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke 35).

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Serba sedikit tentang perkenalan tentang adik beradik buat Raja Kecil Sulung negeri Perak untuk pembaca setia orangperak.com. Sepertimana yang sudah diberitahu, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah satu-satunya anak lelaki tunggal dan Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah punya seorang kanda dan seorang adinda perempuan. Kekanda kepada Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bernama Raja Eminah Alliyah dan adindanya pula bernama Raja Bainunisa Safia.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah dilahirkan pada tanggal 10 Mac 1994 dan pada tahun 2017 ini, engku mencapai umur 23 tahun. Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan dan kerabat Diraja Perak, Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah adalah satu-satunya anak lelaki tunggal kepada Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

Di sebelah keluarga bondanya Noraini Jane Kamarul Ariffin pula, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin adalah nenda yang merupakan bekas pengerusi Bank Bumiputera yang kini dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank (CIMB). Engku Raja Ahmad Nazim Azlan Shah punyai darah kacukan Melayu dan Inggeris melalui keturunan disebelah bondanya dan itulah sebab kenapa paras rupanya tidak nampak seperti melayu.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.