Kenali Nan, Belia Perak Bangsa India Yang Luar Biasa

Selalu kita dapat dengar tentang kepentingan belia dalam satu negara yang mana belia adalah merupakan aset yang paling berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Kerajaan negeri Perak terutamanya sedar akan hal ini dan oleh kerana itulah wujudnya Dewan Undangan Belia Negeri Perak.

Seperti kita sudah sedia maklum, belia adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan. Hari ini, orangperak.com ingin menceritakan tentang seorang individu hebat yang berada dalam ahli Dewan Undangan Belia negeri Perak dan Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

NanthaKumar A/L Rajendran atau lebih senang dengan panggilan Nan oleh kenalan adalah seorang berbangsa India yang cukup fasih berbahasa Melayu. Jika anda bertemu atau mendengar hujah beliau buat pertama kali, mesti anda akan terfikir yang Nan ini adalah seorang berbangsa melayu.

Dibesarkan di Kampung Air Meleleh, Port Dickson yang dikelilingi oleh masyarakat melayu menjadi salah satu faktor utama beliau dapat bertutur fasih dalam bahasa melayu dengan cukup baik secara tidak langsung memahami adat dan budaya orang melayu dengan mendalam.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Tidak cukup dengan itu, NanthaKumar juga boleh melaungkan azan dan tidak kekok dalam melafazkan surah Al-Fatihah. Kegigihan beliau dalam memahami adat budaya dan agama wajar diangkat sebagai contoh dan ikutan belia lain agar kita dapat lebih menghormati pegangan masyarakat lain yang ada disekeliling kita.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, NanthaKumar dilahirkan pada 03 September 1992 dan mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Gelam dan seterusnya ke Sekolah Menengah Dato Haji Abdul Samad (SDASA) di Port Dickson.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Seterusnya, saudara Nan meneruskan pengajian untuk mendapatkan diploma dalam sumber manusia lantas selepas tamat pengajian, beliau terus sambung ke Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Sumber Manusia di Unitar International University.

Hari ini, anak bongsu daripada tiga adik beradik yang menetap di Ipoh ini punyai kerjaya yang mantap sebagai seorang pensyarah, penceramah, aktivis belia dan juga Ahli Dewan Undangan Belia Negeri Perak serta Ahli Parlimen Belia Malaysia. Inilah hasilnya seorang belia berwawasan yang dibesarkan oleh pasangan yang hanya kerja di kilang bernama M. Rajendran bersama Y. Vasanthi.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Keluarga NanthaKumar

Dalam temubual editor orangperak.com dengan saudara Nan, beliau ada menceritakan tentang kisah hidupnya masa zaman kecil yang begitu susah dan keluarganya tinggal dalam keadaan rumah yang usang dan sentiasa bergelumang dengan air jika hujan turun kerana atap rumah yang bocor.

“Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan jangan hidup dalam hutang untuk mengkaburi taraf hidup”, itulah pesanan ibu kepada NanthaKumar yang sentiasa dipegangnya sehingga ke hari ini dan akan diingati sampai bila-bila. Biarlah serba kekurangan, janji hidup selesa.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Sebelum terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Belia negeri Perak dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, NanthaKumar bergerak aktif sebagai sukarelawan di negeri Perak selama lebih kurang 5 tahun. Sepanjang masa inilah beliau mula belajar dan raih pengalaman untuk membentuk diri menjadi sepertimana dirinya pada hari ini.

Pada zaman persekolahan dahulu, jangan kata nak berucap di hadapan orang ramai. Memang menggigil satu badan dan seboleh-bolehnya menolak dan memberi ruang kepada pelajar lain. Namun, berkat usaha diri dengan selingan doa keluarga, berdirilah saudara Nan ke tahap sekarang.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Belia yang berpandangan jauh ini seringkali membangkitkan nasib bekas penagih dadah yang telah pulih dengan memberi ruang kepada mereka dalam penerimaan masyarakat. Antara langkah mudah yang wajar diambil adalah dengan memberi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang dikhaskan dalam pantauan pihak polis.

Langkah itu sedikit sebanyak boleh membantu mereka dari menjauhkan diri daripada kembali melakukan jenayah lain untuk mendapatkan wang demi meneruskan kehidupan sepertimana insan lain. Setiap manusia berhak diberi peluang kedua untuk menebus kesilapan dulu.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah-ceramah saudara NanthaKumar di sekolah awam pun banyak menceritakan tentang peranan belia dalam hal-hal kes juvana yang menekankan “pathway And moving forward by looking backwards”. Mereka yang mendengar ceramah santai beliau pasti akan terpukau dengan olahan yang bernas!

Baru-baru ini, beliau juga memperjuangkan dengan mengusulkan sukan elektronik (Esports) yang semakin mendapat sambutan hangat dari kebanyakan negara-negara membangun supaya untuk berada dibawah Kementerian Belia Dan Sukanselaras dengan sukan-sukan kovensional yang lain kerana ada manfaatnya yang tersendiri.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Untuk pemilihan sebagai Ahli Dewan Undangan Belia Perak ke 2 pada tahun 2018, saudara NanthaKumar A/L Rajendran sekali lagi tercalon dan akan bertanding dalam undian atas talian pada 16 Oktober 2017 hingga 29 Oktober 2017 yang akan datang.

Pembaca setia orangperak.com yang punya kreteria seperti dibawah boleh daftarkan diri di www.mp2mpa.com sebagai pemilih dan berikan sokongan kepada NanthaKumar A/L Rajendran untuk meneruskan perjuangan belia dalam membawa usul-usul yang akan membawa kepentingan pada kita sebagai belia.

Belia Perak Bangsa India Yang Boleh Azan Dan Baca Al-Fatihah

Kreteria sebagai pemilih DUN Belia Perak:

  • Berumur antara 15 hingga 40 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Anak kelahiran Perak atau..
  • Anak kelahiran negeri lain yang alamat di kad pengenalan beralamat di Perak.

Semoga informasi berkenaan diri saudara NanthaKumar A/L Rajendran dapat menjadi dorongan dan ikutan belia-belia diluar sana. Kegigihan beliau dalam hidup wajar dijadikan contoh dan ikutan kita semua. Semoga beliau sekali lagi terpilih dalam Dewan Undangan Belia negeri Perak yang akan datang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.