Kenali Chemor Di Perak

satu program percuma khas oleh orangperak.com

Chemor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak. Bandar yang berhampiran ialah Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh. Sekitar tahun 1970, banyak terdapat lombong bijih timah di Chemor. Pada masa itu juga, Chemor terkenal dengan tanaman ubi kayu sehingga topik pengeluaran ubi kayu di Chemor telah diselitkan ke dalam buku teks Kajian Tempatan sekolah rendah pada masa itu.

peta chemor

Selain bijih, pertanian seperti getah dan sayur-sayuran merupakan kegiatan penting bagi penduduk Chemor ketika itu. Pada masa itu di kiri kanan, sepanjang jalan utama dari Tasek ke Chemor boleh dilihat ladang getah yang kini telah bertukar kepada kilang, pusat perniagaan dan taman perumahan.

Penternakan khinzir cukup banyak dijalankan pada masa dahulu, sehinggakan timbul cerita yang mengaitkan asal nama Chemor diambil dari bahasa cina iaitu Che-Mo yang kerana bacaan bunyi CEPOH sebuah Kampung Melayu yang dekat Chemor dalam bahasa keturunan Cina Hakka adalah CHE-MO. Oleh itu orang Cina tidak menggunakan nama Chemor sebaliknya dalam tahun 1990 menggunakan panggilan Che-Bo (CHEPOH) bacaan bunyinya dalalam bahasa Cina adalah bermaksud permata.

Kebanyakan taman perumahan baru di sekitar pekan Chemor, kampung Cina Kuala Kuang, Kampung Cina Tanah Hitam ketika ini, dahulunya adalah merupakan bekas-bekas ladang sayur dan kandang penternakan. Pada pertengahan tahun 1980 kilang-kilang perusahan telah mula bertapak di Chemor terutamanya di kawasan Klebang dan Kampung Cina Khantan Baru.

chemor lama

Sehingga awal tahun 1980 zaman darurat, Chemor tersenarai sebagai salah satu kawasan hitam di Malaysia. Beberapa pos kawalan tentera ditempatkan di sekitar jalan keluar masuk ke Chemor, salah satu pos terletak di Kampung Che’ Zainal iaitu di simpang jalan ke Tanah Hitam dan Ulu Chemor. Operasi memburu pengganas komunis kerap dilakukan di ladang getah dan bukit-bukau sekitar Chemor. Pada ketika itu juga penduduk Chemor pernah beberapa kali mengalami perintah berkurung.

Konvoi-konvoi kenderaan tentera melalui pekan Chemor ke Ulu Kuang atau Tanjung Rambutan adalah pemandangan biasa bagi penduduk kampung dan mendapat sorakan daripada kanak-kanak ketika itu. Budak-budak kampung yang tinggal berdekatan dengan pos kawalan juga sering lepak di pos dan mendapat hadiah resen. Pada masa itu, juga terdapat sebuah tentera Kem mini berada di Kampung Cina Tanah Hitam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.