Kampung Karyawan Malim Di Perak Yang Pertama Di Malaysia

Kampung Karyawan Malim adalah merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Ianya bermatlamat untuk menghimpunkan golongan karyawan daripada pelbagai jenis. Karyawan seperti penulis, pelukis, pemuzik atau lain-lain yang berkaitan. Mereka semua yang terlibat dihimpunkan disini untuk bertukar-tukar pandangan, percambahan idea-idea seni, menghasilkan karya masing-masing dan lain-lain yang secara tidak lansung akan menambah-baikkan lagi serta akan meningkatkan produktif dan berguna buat masyarakat milenial.

Kampung Karyawan Malim

Lokasi Kampung Karyawan Malim (KKM) terletak di Lembah Gunung Tempurung, Bt 16 ½ Jalan Kampar, Gopeng. Secara tidak lansung, ia telah menjadi satu lagi tarikan baru untuk pelancongan di Negeri Perak. Kawasan seluas lapan hektar itu telah menempatkan beberapa inap desa berasaskan reka bentuk rumah tradisional Perak seperti rumah kutai. YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah merasmikan Kampung Karyawan Malim pada 4 March 2017 yang lalu disana.

Kampung Karyawan Malim

Meneliti empat objektif utama Kampung Karyawan Malim, iaitu pertamanya penyediaan ruang kepada para karyawan dunia dalam semua jenis berkarya. Kedua, menyatupadukan manusia di dunia menerusi karya kesenian. Ketiga, memfokus kepada generasi muda yang partisipasif dan yang keempat, pengurusan acara budaya, sastera dan kesenian dalam semua jenis nyata “warna” keduniaan tampak nyata pada mata hati.

Kampung Karyawan Malim

Jika dirujuk pada sejarah, gagasan kesenian sebegini menjadi agenda penting di Perancis sejak 200 tahun yang lalu. Idea penubuhan daerah seni ini tumbuh dalam hati Malim Ghozali PK pada tahun 1990, sesudah beliau pulang dari Virginia Centre for the Creative Artist. Namun hanya pada tahun 2011 sahaja idea berkenaan dapat direalisasikan apabila kerajaan Perak meluluskan permohonan tanah di Lembah Gunung Tempurung. Namun pada tahun 2014, Malim diserang kanser usus hingga sembilan inci daripadanya terpaksa dipotong bagi tujuan pemulihan. Alhamdulillah Malim segar kembali lalu meneruskan perjuangan bangsa untuk mencipta rekod antarabangsa.

Malim Ghozali PK

Untuk makluman anda, Malim Ghozali PK adalah individu yang memenangi S.E.A Write Award pada tahun 2013 iaitu anugerah berprestij paling tinggi di Thailand dalam bidang sastera. Dan yang lebih penting, Malim telah menjayakan perhimpunan penyair dunia pada tahun 2014 di Perak yang impaknya, lampu-lampu sastera yang bercahaya mula bergemerlapan dan disedari para sasterawan Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Arab.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.