Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak dan ia juga adalah merupakan salah satu warisan Kesultanan. Istana ini juga digelar sebagai Istana Teluk Intan dan ia memainkan peranan penting dalam sejarah serta menjadi ikon untuk Teluk Intan satu ketika dahulu. Kini, keadaan istana ini amat menyedihkan kerana ia ditinggalkan dan diamah usia, dimakan masa yang berlalu begitu sahaja.

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

Istana Raja Muda Lama ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan, Perak. Istana Teluk Intan ini dibina pada sekitar tahun 1922 dan ia adalah merupakan Istana yang menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak. Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum iaitu Raja Muda Musa ketika menjadi Raja Muda yang kemudiannya menjadi Sultan Perak yang ke 31.

Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah ibni al-Marhum

Istana ini akhir sekali diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin. Pada tahun 1988, kediaman rasmi untuk DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah telah dipindahkan ke Istana Tetamu di Ipoh. Selepas pada itu, Istana yang pernah gah menjadi kediaman rasmi Raja Muda Perak ini ditinggalkan dan tidak digunakan lagi oleh sesiapa dan keadaannya sekarang amatlah teruk kerana tidak lagi dijaga oleh mana-mana pihak.

Istana Raja Muda Yang Ditinggalkan Di Teluk Intan

Jika Istana Teluk Intan ini terus dibiarkan, mungkin satu hari nanti istana ini akan dituntut semula oleh hutan belantara kerana tiada sesiapa yang ingin menjaga dan memulihara istana yang pernah berbakti memberi perlindungan hujan dan panas pada Raja Muda Perak yang disayangi ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.