Ikan Pelik Dan Besar Yang Ada Dalam Sungai Perak

Pernah menonton monster river? Apa pendapat anda jika kita beritahu yang ada ikan besar dan panjang hampir 5 kaki setinggi manusia dewasa di dalam sungai Perak? Ianya benar dan tidak hairanlah kenapa ramai pemancing yang suka memancing di sepanjang sungai Perak yang panjangnya hampir 400km itu.

ikan tongsan

Ia seakan Ikan Tongsan tetapi apa yang ganjilnya adalah kerana warnanya merah jambu. Berkemungkinan ikan ini adalah spesis albino atau balar. Jika anda ada maklumat berkenaan gambar ikan ini, sila komen untuk betulkan fakta yang diberi. Oleh kerana tiada siapa tahu mengenai ikan ini, jadi si nelayan agak khuatir untuk mengambilnya dari bubu kerana tidak pernah jumpa ikan sebegini di dalam sungai Perak. Ikan ini telah dibeli oleh sorang guru untuk hidangan moreh.

ikan tongsan dan tidak tahu

Jika disebelah kanan adalah ikan tongsan hitam, di sebelah kanan pula tidak diketahui namanya kerana tidak pernah dijumpai oleh penduduk setempat di pengairan sungai perak. Mata ikan tersebut agak terbonjol dan saiznya agak besar.

ikan dalam sungai perak

Jika dilihatkan pada keadaan ekor ikan ini, pemancing di kawasan sungai Perak amat pasti ada ikan yang bersaiz lebih besar ada di dalam sungai Perak kerana cuba memakan ikan tersebut. Jadi, inilah yang menjadi pemangkin kepada semangat pemancing untuk terus mencuba mendapatkan ikan-ikan yang besar dan pelik di dalam sungai Perak.

ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak ikan dalam sungai perak

Pada zaman dahulu, ada juga cerita dikatakan terdapat buaya putih di dalam cawangan sungai Perak iaitu sungai Larut. Sungai Larut cukup terkenal dengan kisah buaya putih yang dikatakan berasal daripada kisah Panglima Ghee Hin yang bernama Ah Choong. Ah Choong dikatakan telah mempelajari seni mempertahankan diri Melayu dan berjanji tidak akan menggunakannya untuk melawan orang Melayu. Akibat melanggar janji itu, beliau telah terjun ke dalam sungai itu dan bertukar menjadi buaya putih.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.