Gudang Kerepek No 1 Di Perak, Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

bantu kami teruskan operasi : donate

Apabila tiba musim perayaan, gudang jualan kerepek di Seri Iskandar yang bernama Rasnor Kerepek sering kali menjadi tumpuan buat peminat kerepek yang ingin membeli pelbagai jenis kerepek untuk dijadikan persediaan santapan apabila menjelang perayaan yang ditunggu-tunggu.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Rasnor Kerepek sebenarnya dibuka sejak dari tahun 2014 lagi dan bertapak di Seri Iskandar. Gudang kerepek nombor 1 di Perak ini dibuka oleh seorang anak kelahiran Perak yang berasal dari Kampung Gajah dan bernama Mohamad Rasid.

Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

Hasil temu bual editor orangperak.com dengan pemilik Rasnor Kerepek tempoh hari di gudangnya itu sedikit sebanyak dapat cerita pengalaman dan selok belok permulaan beliau dalam memulakan perniagaan kerepek yang langsung tidak pernah dibayangkan.

Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

Mohamad Rasid selaku pemilik kepada Rasnor Kerepek menceritakan tentang asal usul nama Rasnor itu datang dari nama username email beliau ketika menggunakan yahoo messenger sejak 2005 lagi. Nama Rasnor sebenarnya adalah gabungan dua nama iaitu Rasid dengan Nor (isteri).

Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

Langsung tidak pernah punyai pengalaman dalam penjualan kerepek, Mohamad Rasid mencuba nasib dengan mengumpul produk-produk tempatan khususan dalam kerepek dari sekitar daerah Perak Tengah ke dalam satu pusat. Hasil dari usahanya itu, secara tidak langsung pembuat produk kerepek tempatan juga mendapat manfaat.

Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

Sepertimana yang dikatakan tadi, ianya dapat membantu para pengusaha produk makanan dalam memperluaskan produk mereka. Produk-produk iks dari penduduk tempatan iaitu dari sekitar Negeri Perak dan juga dari Selangor, Johor, Kedah dan lain-lain dikumpulkan dibawah satu bumbung iaitu di Rasnor Kerepek.

Rasnor Kerepek Di Seri Iskandar

Terdapat beratus-ratus jenis produk makanan dari beratus-ratus pengusaha yang dikumpulkan disini. Jika anda lalu jalan Ipoh – Lumut, jangan lupa singgah ke Seri Iskandar dan lokasi gudang kerepek nombor 1 di Perak ini terletak di Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.