Gerai Bubur Perak Dan Makanan Tradisional Di Titi Gantung, Bota

bantu kami teruskan operasi : donate

Hidangan popular dikalangan masyarakat Malaysia tidak kira bangsa dan agama adalah bubur. Berita baik buat penggemar bubur yang mungkin tidak tahu lagi. Untuk makluman anda, anda boleh ke Titi Gantung yang terletak di kawasan Bota, Perak dan cuba sendiri pelbagai jenis bubur yang panas dan sedap yang disediakan dan dijual di gerai Bubur Perak dan Makanan Tradisional. Gerai bubur ini ada bederkatan lampu isyarat dengan Kompleks Pertanian Titi Gantung, Bota.

peta Gerai Bubur Perak

Lebih dikenali dengan nama Gerai Bubur Perak yang secara tidak lansung telah menjadi mercu tanda, ikon dan kebanggaan buat penduduk Titi Gantung di Bota. Lokasinya yang strategik di lebuhraya Ipoh – Lumut menjadikan tempat persinggahan yang baik untuk pengguna jalan raya singgah berehat dan menikmati makanan tradisi yang pelbagai jenis dan rasa iaitu bubur. Anda pembaca orangperak.com yang lalu jalan ni mesti pernah nampak gerai ini bukan?

Gerai Bubur Perak

Terdapat kira-kira lebih 12 jenis bubur panas yang pernah dan ada disediakan untuk dijual kepada pelanggan dan peminat bubur. Antaranya adalah bubur lambuk, bubur jagung, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur gandum, bubur caca marba, bubur sagu bandung, bubur pengat pisang, bubur pengat ubi keledek, bubur pengat ubi keladi, bubur kacang merah dan bubur pengat nangka. Yang mana satukah bubur pilihan anda?

Pengusaha Gerai Bubur Perak bernama Badri Hamzah yang mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam perniagaan bubur. Beliau dikatakan agak cerewet dan sangat ambil serius dalam penyediaan bubur terutama memastikan masakan itu hanya akan menggunakan santan yang segar sahaja. Ianya adalah untuk memastikan kualiti buburnya sentiasa terjamin dan sedap untuk dimakan. Beliau juga akan sentiasa turut turun padang dan memasak sendiri bubur-bubur untuk dijual kepada pelanggan dan tidak berharap pada pekerja sepenuhnya.

Badri Hamzah

Badri Hamzah yang ingin memastikan semua bangsa boleh makan semua bubur-buburnya itu sentiasa memastikan bahawa tiada penggunaan daging untuk bubur lambuknya. Ianya adalah kerana untuk membolehkan penganut hindu juga boleh turut merasa kelazatan bubur lambuk yang sentiasa menjadi perhatian peminat bubur yang datang ke gerai Bubur Peraknya itu. Apa yang penting, kesemua juadah bubur yang ada di gerai Bubur Perak & Makanan Tradisional menjadi perhatian adalah kerana ianya dijual dalam keadaan masih panas.

Gerai Bubur Perak

Apa yang unik dan mungkin anda tak tahu tentang bendera Perak dan bendera Malaysia yang banyak di hadapan gerai Bubur Perak ini. Ianya dikatakan mempunyai fungsi dan makna tertentu untuk pelanggan yang hendak datang singgah. Untuk makluman anda, sekiranya bendera-bendera tersebut sudah dipacakkan, ia bermakna bubur sudah siap dimasak dan siap sedia untuk dijual manakala jika tiada bendera dipacak, ia bermaksud bubur belum siap dimasak ataupun sudah habis dijual.

Gerai Bubur Perak

Jika anda lalu jalan lebuhraya Ipoh – Lumut, apa kata kami cadangkan pada anda untuk cuba bubur-bubur yang ada di Gerai Bubur Perak dan Makanan Tradisional ini. Gerai ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.