Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

bantu kami teruskan operasi : donate

Pada waktu zaman pemerintahan Sultan Perak yang ke 15 iaitu Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain bermula sejak tahun 1752 sehingga tahun 1765 seringkali disebut sebagai zaman kegemilangan negeri Perak Darul Ridzuan. Baginda Sultan Perak yang ke 15 ini adalah merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan nama pusat pentadbiran negeri Perak.

Berbalik pada topik asal berkenaan Pulau Cempaka Sari di Pekan Parit. Pulau Cempaka Sari terletak di dalam daerah Perak Tengah berhampiran dengan Pekan Parit dan Tanjung Belanja malah merupakan taman yang agak cantik. Pulau ini diselenggara dengan baik oleh Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Apabila berbicara tentang Pulau Cempaka Sari yang terletak bersebelahan dengan pekan Parit ini, ramai yang salah faham apabila dikatakan bahawa lokasi tersebut pernah menjadi tempat persemayam Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain Sultan Perak ke 15 sebelum berpindah ke Pulau Indera Sakti pada tahun 1754.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, yang sebenarnya Pulau Cempaka Sari yang dimaksudkan adalah nama lama buat pulau tersebut yang telah ditukarkan kepada nama baru iaitu Pulau Indera Sakti oleh titah Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke 15.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Anda boleh cuba hayati lirik lagu Cempaka Sari ciptaan Almarhum Sultan Idris II yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr S.M Salim. Lagu ini mengisahkan tentang Sultan Perak yang ke 15 iaitu Almarhum Sultan Iskandar Dzulkarnain dan ada serba sedikit penceritaan tentang Pulau Cempaka Sari.

Lagu Cempaka Sari ciptaan Almarhum Sultan Idris II

Lokasi Pulau Cempaka Sari atau nama barunya Pulau Indera Sakti berada di tengah Kuala Sungai Kinta yang bercantum dengan Sungai Perak. Kedudukan pulau ini berada di tengah-tengah antara Teluk Intan dengan Kampung Gajah. Dan sejak itulah Balai Gambang pertama kali diperkenalkan untuk memudahkan pergerakan Sultan.

Fakta Sebenar Pulau Cempaka Sari Di Pekan Parit

Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut berkenaan sejarah Pulau Indera Sakti dikatakan sebagai pusat pemerintahan Sultan Perak ke 15 dan pada waktu itulah zaman kegemilangan negeri Perak Darul Ridzuan, anda boleh rujuk artikel bertajuk Pulau Indera Sakti Saksi Zaman Kegemilangan Kesultanan Perak.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.