Exco Perak Yang Masuk Kampung Mengajar Mengaji Di Masjid-Masjid

Kenalkah anda kepada exco kerajaan Negeri Perak untuk Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah? Jika anda tidak kenal, teruskan membaca dan kami dari warga orangperak.com akan kenalkan secara ringkas tentang beliau pada anda. Perkenalan ini adalah penting untuk anda supaya anda kenal siapa yang memegang jawatan di dalam Perak. Beliau yang kami maksudkan adalah YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria.

YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria

YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria dilahirkan pada 3 Januari 1969 dan berasal dari Kampung Pasir Gajah di Parit, Perak. Untuk makluman anda, YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria juga adalah bekas pengetua Sekolah Menengah Agama Maahad Al Aziz yang terletak di sebelah Masjid di pekan Parit, Perak. Beliau telah memegang jawatan sebagai pengetua Sekolah Menengah Agama Maahad Al Aziz selama 11 tahun.

Israel

Pada bulan Jun 2010, beliau adalah antara salah seorang penumpang MV Rachel Corrie yang telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel ketika cuba untuk menghantar bekalan makanan dan bantuan ke Gaza. MV Rachel Corrie adalah kapal laut yang dimiliki dan dikendalikan oleh Gerakan Pembebasan Gaza untuk rakyat Palestin. Awalnya ia disebut sebagai MV Linda. MV Rachel Corrie mendapat namanya sempena nama seorang aktivis Amerika Syarikat yang bernama Rachel Corrie yang telah terbunuh di Palestin pada tahun 2003 akibat serangan kejam tentera Zionis menggunakan jentolak sewaktu beliau ingin mempertahankan kediaman rakyat Palestin yang mahu dirobohkan oleh tentera Israel.

YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria

Adalah amat mudah untuk bertemu dan berdiskusi dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Perak ini. Beliau kerap ke masjid-masjid yang dijadualkan untuknya pergi mengajar mengaji dan ceramah agama dengan orang-orang kampung sekerap yang mungkin. Rata-rata dalam pemerhatian kami orangperak.com , penduduk kampung senang dengan kehadiran exco ini masuk ke kampung dan ke masjid yang dijadualkan pada waktu sebelah malam antara waktu Maghrib dengan Isya.

YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria

Tahukah anda tentang hal exco Perak ini masuk ke masjid di kampung-kampung untuk mengajar mengaji ini? Ramai yang tidak tahu tentang perihal ini kerana jelas dan sudah pastilah orang yang kerap ke masjid sahaja yang tahu. Jadi, kami warga orangperak.com menyeru agar pembaca yang beragama Islam disini agar rajin-rajinlah ke masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah, tetapi juga ikuti aktiviti yang dijalankan secara percuma.

YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria

Jujurnya, anda tidak akan jumpa exco agama seperti beliau di mana-mana pentadbiran negeri lain dan segala usaha keras beliau dalam hal ini seharusnya diberi sokongan dan pujian. Diharapkan, YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria tidak akan jemu dan sentiasa ikhlas untuk teruskan program-program seperti yang sedang berlansung dan akan memperluaskan lagi ke kawasan yang lain pula agar mereka yang berada jauh dapat menerima peluang untuk belajar mengaji dan mendengar ceramah agama bersama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Perak yang disayangi ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here