Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Musim durian kembali lagi ke kawasan Perak Tengah setelah sekian lama “merajuk” beberapa tahun sejak banjir besar yang melanda pada tahun 2014 dahulu. Cuaca yang tidak menentu juga mungkin memainkan peranan kenapa durian tidak begitu menjadi 3 tahun kebelakangan ini dan tahun 2017 ini nyata berbeza dari sebelumnya!

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Sudah lama ramai yang mengidam durian kampung asli negeri Perak tambahan pula sekarang ini ramai pemilik dusun durian menjual durian secara timbangan dan bukannya secara longgok ataupun kiraan biji tidak sama seperti sebelumnya. Hal ini adalah kali pertama yang berlaku dalam sejarah durian kampung di Kampung Gajah.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Pembeli dan penggemar durian ramai yang mengecam kaedah jualan durian kampung tersebut kerana harganya dalam lingkungan RM7 hingga RM14 untuk sekilogram adalah agak mahal. Hal ini adalah kerana keadaan isi buah durian kampung sukar untuk dijangka dan tidak tahu sama ada elok atau pun tidak.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Ramai pembeli merangkap peminat tegar raja buah iaitu durian kampung mencadangkan agar untuk terus makan di gerai jualan durian jika membeli secara timbang memandangkan mungkin kita boleh tukar buah durian sekiranya isi yang ada tidak elok. Jika tidak, redalah bawa pulang ke rumah.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Pemilik dusun durian kampung juga harus diberi ruang untuk merasa kembali nikmat rezeki dari dusun durian mereka yang telah lama merajuk. Namun ramai peminat durian berharap agar harganya tidak terlalu tinggi dan mungkin boleh dikurangkan sedikit harganya kerana ramai yang mengidam dan tidak mampu untuk membelinya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.