Dua Kisah Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Hutan Simpan Segari dan selat daerah dinding menyimpan pelbagai cerita dan punyai kisah serta sejarahnya yang tersendiri. Ianya amat terkenal dan rata-rata masyarakat setempat tahu akan kisah-kisah yang ada berkenaan dengan kawasan Hutan Simpan Segari.

Disebalik pelbagai kisah dan cerita yang ada disebalik Hutan Simpan Segari, ada tersimpannya kisah yang mungkin ramai orang langsung tidak tahu mengenainya. Sehubungan dengan itu, sahabat editor orangperak.com bernama Lordman Kerol telah kongsikan kisah ini untuk pengetahuan orang ramai dalam kisah dan cerita yang tidak didendang yang pernah berlaku di Hutan Simpan Segari.

Dua Kisah Rahsia Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Lordman Kerol sewaktu dalam ekspedisi merungkai kisah di Segari

Segari menjadi lokasi pesawat pengangkut Indonesia terhempas

Pada 14 Disember 1947, sebuah pesawat pengangkut milik Pemerintah Indonesia pernah terhempas di persisiran laut Segari yang terletak berdekatan dengan Tanjung Hantu. Peristiwa tersebut telah mengorbankan seramai 2 orang anggota iaitu Komodor Udara Halim Perdanakusuma dan Komodor Udara Iswahyudi.

Pesawat jenis Avro Anson dengan nombor RI-003 asalnya kepunyaan seorang warga Australia yang bernama Paul H Keegan. Pesawat tersebut telah dibeli dengan harga 13 kilogram emas yang mana ianya adalah hasil sumbangan warga tempatan. Beliau juga seorang bekas juruterbang ketika perang dunia kedua.

Dua Kisah Rahsia Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Komodor Udara Halim Perdanakusuma

Kisahnya pada hari kejadian ia terhempas di persisiran laut Segari adalah berkemungkinan kerana cuaca yang buruk atau pesawat hadapi kerosakan sewaktu tiba di kawasan persisiran laut Segari. Mereka sebenarnya dalam perjalanan ke Singapura selepas mengambil bahan muatan iaitu senjata di Songkla, Thailand untuk melawan penjajah Belanda di Indonesia.

Laporan pertama berkenaan dengan pesawat terhempas ini telah dibuat oleh dua orang warga China yang merupakan penebang kayu bernama Wong Fatt dan Wong Kwang dalam sekitar jam 4.30 petang hari kejadian. Seorang petugas polis berbangsa Inggris bernama Burras pada waktu itu segera ke lokasi kejadian lebih kurang jam 6 petang namun tidak dapat lihat apa-apa kerana air laut sudah pasang naik.

Dua Kisah Rahsia Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Keesokan harinya, ketua polis Lumut bernama Che Wan dan bersama-sama dengan anggota polis bangsa Inggeris bernama Samson pergi ke lokasi kejadian pada jam lebih kurang 9 pagi. Bangkai pesawat tersebut dijumpai ketika air laut telah surut dan ianya terletak tidak jauh dari daratan. Che Wan dilaporkan ketika itu mayat mangsa telah ditemui beberapa ratus meter dari lokasi kejadian oleh nelayan dan sudah dibawa ke darat.

Dua Kisah Rahsia Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Hanya mayat Komodor Udara Halim Perdanakusuma sahaja yang dijumpai manakala Komodor Udara Iswahjudi hilang dan tidak dijumpai sehingga ke hari ini. Mayat Komodor Udara Halim Perdanakusuma dikebumikan di kampung Gunung Mesah yang terletak di Gopeng dan pada 10 November 1975, kerajaan Indonesia telah mengambil semula jenazah tersebut dan dikebumikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata yang terletak di wilayah Kalibata, Jakarta Selatan.

Segari menjadi saksi kepada pertemuan sulit

Hutan Simpan Segari juga telah menjadi saksi kepada OPERATION GUSTAVUS 1 – OPERATION GUSTAVUS 5. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ianya adalah pertemuan sulit diantara ejen-ejen British dengan ejen Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) sewaktu ketika dalam era perang dunia kedua.

Dua Kisah Rahsia Hutan Simpan Segari Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Operasi ini melibatkan dua buah kapal selam O-23 dan O-24 milik Belanda yang berkhidmat untuk Royal Navy dan pernah naik sekurang kurangnya 5 kali atau lebih ke permukaan laut di Segari dan Pulau Sembilan dalam misi menghantar ejen British, perisik dan pelbagai barangan seperti radio dan senjata kepada Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk membantu dan mengukuhkan kedudukan Force 136.

Lim Bo Seng

Lim Bo Seng

Lim Bo Seng adalah salah seorang anggota Force 136 yang terlibat sebagai ejen perantara dan pernah menaiki O-24 dari perlabuhan Trincomalee, Ceylon Sri Lanka menuju ke perairan Segari Utara Tanjung Hantu pada 6 November 1943 yang mana ia berada dibawah Operation Gustavus 5.

Kesemua ejen British ini pernah juga berlindung di basecamp Hutan Simpan Segari sebelum dijemput oleh anggota Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ke satu lokasi yang lain.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.