Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Berikutan dengan artikel yang mendapat sambutan oleh seluruh masyarakat Perak berkenaan tentang Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya SM Noor yang diangkat sebagai nama taman tasik tersebut?

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama SM Noor yang tidak asing lagi di Batu Gajah sebenarnya adalah berasal dari nama kepada sebuah entiti perniagaan. Nama entiti perniagaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Syarikat Muhammad Noor.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Taman tema awam yang cukup popular di Batu Gajah satu ketika dahulu dimiliki oleh Dato Muhammad Noor yang mana beliau adalah merupakan pemilik kepada Syarikat Muhammad Noor. Nama beliau cukup gah dengan produk perniagaannya yang merupakan produk jenama Samano.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Hari ini, Syarikat Muhammad Noor dikenali dengan nama SMN Foods (M) Sdn Bhd dan diurus tadbir oleh anak kepada Dato Muhammad Noor iaitu Ahmad Yazit yang tidak jemu meneruskan legasi perniagaan ayahnya. SMN Foods (M) Sdn Bhd kini punyai 3 jenama produk keluaran mereka iaitu Tiga Ayam, Seri Bintang dan Samano.

Seni pembuatan kicap merupakan satu warisan dan akar umbi tradisional yang telah diperkenalkan di Malaysia sejak kurun ke 19 sewaktu peralihan tenaga pekerja dari negara China. Walaupun pada awalnya kicap ini dianggap sebagai suatu yang asing, namun kini ciri-cirinya kini adalah seiring dengan sambal belacan.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Setelah mengenalpasti perubahan citarasa di kalangan rakyat Malaysia yang mula menerima kehadiran kicap, maka Syarikat Muhammad Noor tidak buang masa lantas terus memulakan pengusahaan keluaran produk sos kicap soya dalam tahun 1972.

Sehubungan dengan itu, hari ini kita dapat lihat Syarikat Muhammad Noor sebenarnya adalah batu asas dan peneraju dalam industri sos kacang soya. Meskipun segala jenama memaparkan tahap kualiti yang tinggi, namun SMN Foods (M) Sdn. Bhd. tetap berpegang teguh kepada prinsip “kesempurnaan tidak mengenal batasan”.

Disebalik Nama Popular SM Noor Di Batu Gajah

Oleh yang demikian, mereka telah melengkapkan diri dengan teknologi moden yang canggih untuk mengetatkan lagi kawalan mutu pemprosesan makanan. Ini bertujuan untuk untuk menawarkan keluaran SMN Foods (M) Sdn. Bhd. yang terbaik kepada para pengguna.

Namun, menjadi tanda tanya kenapa agaknya Nostalgia Taman Tasik SM Noor Di Batu Gajah ditutup pada orang ramai? Ada yang menyatakan pihak pengurusan tidak dapat menampung kos perbelanjaan dan pengurusan namun tidak diketahui kesasihan ceritanya kenapa ia ditutup.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.