Darjah Kebesaran, Kurniaan Sultan Perak Kepada Yang Berjasa

satu program percuma khas oleh orangperak.com

Penganugerahan darjah kebesaran Negeri Perak merupakan suatu upacara berprestij tinggi sebagai penghargaan daripada Baginda Paduka Seri Sultan Perak kepada individu-individu yang berjasa di negeri Perak. Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Negara amnya, bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka adalah daripada kumpulan atau jenis.

Hanya Sultan Perak sahaja yang boleh mengurniakan darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran sepertimana yang tertakluk dalam Undang-undang tubuh kerajaan Perak Darul Ridzuan menerangkan bahawa: “Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat  dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan”.  Pengurniaan darjah kebesaran negeri ini diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri. Dalam artikel kali ini orangperak.com akan membawa pembaca untuk lebih mengetahui Darjah-darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan Perak.

DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI (D.K)

DARJAH KERABAT DIRAJA YANG AMAT DIHORMATI (D.K)

Diasaskan oleh Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 12 Disember 1957, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) merupakan darjah yang dikurniakan khusus kepada Raja Pemerintah, Raja Permaisuri, Bakal Sultan Perak (Raja Muda) dan Raja Pemerintah negeri-negeri lain.

DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIHORMATI (D.K.S.A.)

DARJAH KERABAT SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIHORMATI (D.K.S.A.)

Diasaskan oleh Sultan Azlan Shah pada tahun 2000, Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A) merupakan satu darjah kebesaran yang dikurniakan khas kepada ahli-ahli kerabat Diraja Negeri Perak.

DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)

DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.)

Darjah kebesaran yang bergelar “Dato’ Seri DiRaja” dikurniakan sebagai suatu penghormatan yang amat istimewa, mempunyai kedudukan yang amat berpengaruh dan bertanggungjawab

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI (S.P.C.M.)

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI (S.P.C.M.)

Diasaskan oleh Sultan Idris Shah II pada 15 September 1969, anugerah ini mempunyai tiga kelas darjah kebesaran dan darjah yang keempat kemudian ditambah pada 19 April 1989. Darjah Kebesaran yang bergelar “Dato’ Seri” peringkat pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan peringkat pertama ini terhad kepada 30 orang penerima sahaja.

DARJAH DATO' PADUKA CURA SI MANJA KINI (D.P.C.M.)

DARJAH DATO’ PADUKA CURA SI MANJA KINI (D.P.C.M.)

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan telah mencapai sekurang-kurangnya Gred 1. Penganugerahan peringkat kedua ini adalah terhad kepada 70 orang sahaja dan ia membawa gelaran “Dato”.

DARJAH PADUKA CURA SIMANJA KINI (P.C.M.)</strong>” /></p>
<p style=DARJAH PADUKA CURA SIMANJA KINI (P.C.M.)

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari gred 2 atau setaraf dengannya; dan kepada anggota-anggota Pasukan Tentara dan Polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas. Kurniaan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.) diberi kepada mereka yang berkelayakan lebih mutunya daripada Darjah Paduka Mahkota Perak. Penerima penganugerahan ketiga ini terhad kepada 100 orang sahaja.

DARJAH AHLI CURA SIMANJA KINI (A.C.M.)

DARJAH AHLI CURA SIMANJA KINI (A.C.M.)

Peringkat Ke-4 darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 3.

DARJAH SERI PANGLIMA TAMING SARI (S.P.T.S.)

DARJAH SERI PANGLIMA TAMING SARI (S.P.T.S.)

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera yang berpangkat Leftenan Jeneral ke atas dan keapda anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Timbalan Ketua Polis Negara ke atas.

DARJAH DATO' PAHLAWAN TAMING SARI (D.P.T.S.)

DARJAH DATO’ PAHLAWAN TAMING SARI (D.P.T.S.)

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentara yang berpangkat Brigedier Jeneral hingga Mejar Jeneral dan kepada anggota-anggota pasukan polis yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya hingga Timbalan Pesuruhjaya.

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.)

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.)

Darjah Kebesaran yang bergelar “Dato’ Seri” peringkat kedua, Kelayakan bagi kurniaan darjah S.P.M.P. ini sama dengan kelayakan S.P.C.M. tetapi taraf darjah ini adalah lebih rendah daripada Seri Paduka Cura Si Manja Kini.

DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P.)

DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P.)

Peringkat Kedua Darjah Kebesaran Mahkota Perak.  Syarat-syarat penerimaannya sama dengan kelayakan D.P.C.M.

DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK (P.M.P.)

DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK (P.M.P.)

Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menyandang pangkat tidak rendah dari Gred 2 atau setaraf dengannya. Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Kolonel (Tentera Darat), Kapten (Tentera Laut), Kolonel Udara (Tentera Udara), Penolong Pesuruhjaya (Pasukan Polis) dan ke atas.

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (A.M.P.)

DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (A.M.P.)

Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Mahkota Perak dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan sekurang-kurangnya dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 3 yang berkebolehan istimewa dan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri. Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Kapten dan Mejar (Tentera Darat), Leftenan dan Leftenan Komander (Tentera Laut), Kapten Udara dan Mejar Udara (Tentera Udara), Penolong Penguasa dan Timbalan Penguasa (Pasukan Polis).

PINGAT KEBERANIAN HANDAL (P.K.H.)

PINGAT KEBERANIAN HANDAL (P.K.H.)

Diasaskan oleh Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 15 Januari 1951, pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat dalam Negeri Perak, sesuatu keberanian yang tersangat handal dan keberanian itu dilakukan dalam keadaan yang mendatangkan bahaya yang besar kepada dirinya sendiri.

PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T)

PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T)

Diasaskan oleh Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 15 Januari 1951, pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah melakukan dalam Negeri Perak, satu perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang bersifat kelakuan yang cemerlang dan berani. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Sokongan ke atas dan; Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Leftenan Muda (Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Inspektor di dalam Pasukan Polis.

PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K.)

PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K.)

Diasaskan oleh Sultan Yusuf Izzuddin Shah pada 15 Januari 1951, pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah berbuat jasa yang cemerlang kepada Negeri dan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera dan Polis yang berpangkat Pegawai Waren (Tentera Darat, Laut dan Udara), Sub Inspektor (Pasukan Polis) dan ke bawah.

PINGAT LAMA PERKHIDMATAN (P.L.P.)

Diasaskan oleh Sultan Idris Shah II pada 15 September 1969, pingat ini boleh dikurniakan kepada barang siapa jua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan lama dan taat setia kepada Negeri Perak tidak kurang daripada 25 tahun dan perkhidmatan itu menunjukkan kebolehan yang memberi teladan yang baik serta kecekapan dan taat setia.

PINGAT JAKSA PENDAMAI (J.P)

Mereka yang terpilih untuk ditauliahkan lantikan JAKSA PENDAMAI ini hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar layak samada dari segi pendidikan, ilmiah dan kelakuan yang boleh memberi contoh teladan. Merupakan penganugerahan berupa watikah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.