Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Mango Shake Boro Boro telah dilancarkan sejak program Dialog Pangkor 2017 yang lalu dalam satu majlis di bulatan Amanjaya, Meru. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK) telah memperkenalkan Kiosk Mango Shake ini sempena untuk membantu para asnaf di Perak dalam menjana pendapatan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kiosk Mango Shake ini adalah program usahawan foodstall yang mana ia merupakan satu jenis perniagaan kecil yang beroperasi di jalanan, expo, karnival dan mana-mana sahaja lokasi tumpuan orang awam.

Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Ia merupakan konsep perniagaan mudah alih yang mana ia dapat memudahkan urusan para peniaga iaitu asnaf di kawasan awam. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAiPK) yang mewujudkan program sebegini dalam bentuk perniagaan kepada asnaf adalah satu perkara yang wajar dilakukan.

Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Perniagaan yang diuruskan oleh asnaf ini adalah mudah serta menjamin pulangan yang lumayan agar mereka ini dapat menjana pendapatan walaupun hanya di jalanan. Pada asalnya, program ini melibatkan seramai 10 orang asnaf miskin dan pemilihan ditapis mengikut kekurangan had kifayah dan juga semangat mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi serta pendapatan mereka.

Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Sejak permulaan, ia melibatkan kos sebanyak RM68,000.00 dan para asnaf yang terlibat telah menerima bantuan secara pakej lengkap dengan peralatan, bahan mentah serta latihan. Program ini adalah salah satu daripada Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf yang mana dalam usaha membantu asnaf menjana pendapatan mereka.

Cerita Disebalik Mango Shake Boro Boro Di Sekitar Perak

Hari ini, usahawan-usahawan asnaf yang berniaga Kiosk Mango Shake kini ada di serata negeri Perak. Jika anda terserempak dengan mereka di jalanan atau tempat awam, berilah sokongan dengan membeli mango shake yang dijual mereka supaya mereka sentiasa bersemangat dan terus berusaha serta tidak mudah mengalah dalam membangunkan sosio ekonomi mereka.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.