Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Cendol, sejenis minuman pencuci mulut yang seringkali boleh dijumpai di kebanyakan negara yang terletak di Asia Tenggara. Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau dengan pewarna pandan, pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada itu, cendol juga kadangkala ditambah dengan bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, durian dan jagung bergantung kepada selera mereka yang menjamunya.

Bahan utama untuk membuat cendol iaitu jeli hijau itu sebenarnya dibuat daripada tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlulah dimasak sehingga mendidih dan dikacau sehingga cair dan pekat. Setelah itu, campuran tadi akan dimasukkan ke tin yang ditebuk untuk dapatkan hasil seperti siraman hujan.

Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan warna hijau iaitu warna pandan dan lain-lain warna ikut citarasa masing-masing.

Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Cara penyediaan tradisi jeli cendol ini biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Sepertimana kita semua tahu, ia akan dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Bertambah menarik apabila ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.

Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Kali ini orangperak.com ingin mempromosikan sebuah warung cendol bernama Cendol Anak Apak yang kami ada singgah beberapa hari lalu dan editor orangperak.com rasa wajar untuk kongsikan bersama anda semua tentang apa yang menarik ada di sana!

Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Waktu musim durian yang ada ni, Cendol Anak Apak ada tawarkan cendol pulut durian D24 yang teramatlah sedap. Menulis petikan ini sahaja buatkan editor orangperak.com terus kecur liur teringat akan rasa cendol pulut durian yang rasanya berlemak krim manis buah begitu.

Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Selain cendol pulut durian D24, Cendol Anak Apak juga ada menu cendol pulut mangga, cendol pulut kelapa dan cendol pulut buah campur. Tidak cukup dengan itu, mereka juga ada tawarkan pelbagai masakan goreng panas untuk para pelanggan yang datang. Selain itu, mee kari, bihun sup dan laksa tidak terkecuali untuk berada dalam senarai menu mereka.

Cendol Anak Apak, Cendol Paling Meriah Di Ipoh

Lokasinya Cendol Anak Apak yang semakin tular di facebook ini terletak di belakang Petron Ampang, Ipoh (Koordinat GPS 4.580062, 101.128499) dan untuk ingatan anda, Cendol Anak Apak dibuka bermula jam 12 tengah hari sehingga 7 petang setiap hari kecuali hari Isnin.

Jika anda ada kelapangan masa dan ingin mencuba keunikan cendol dari Cendol Anak Apak, anda bolehlah datang bersama-sama dengan keluarga atau sahabat untuk minum santai bersama mereka. Rasai sendiri nikmat kesedapan cendol dari Cendol Anak Apak dan kongsikan pengalaman anda bersama yang lain.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.