Bubur Anak Lebah, Makanan Warisan Perak

bantu kami teruskan operasi : donate

Adakah anda anak Perak tahu dengan bubur anak lebah ini? Jika anda tidak pernah tahu, teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut berkenaan dengan makanan warisan negeri Perak yang semakin dilupakan ini. Jangan difikirkan tentang anak lebah dimasak bersama bubur, ianya salah sama sekali. Makanan tersebut diberi nama sahaja berkaitan dengan lebah kerana rupa tepungnya seperti anak lebah dan tiada anak lebah yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut.

bubur anak lebah

Bubur anak lebah amat popular di kawasan Perak Tengah terutamanya di kawasan Bota. Rata-rata orang lama sahaja yang tahu resipi bubur anak lebah ini. Kerana orang muda malas hendak belajar dan membuatnya kerana persediaan untuk masakan ini agak unik, perlukan kemahiran dan sangat melecehkan. Masakan dari air tangan orang muda mana boleh tandingi masakan dari air tangan orang lama, ia tidak dapat dipertikaikan sejak dari dahulu lagi.

Menurut penduduk tempatan lama di Bota, bubur anak lebah ini kebiasaannya dihidangkan untuk majlis-majlis selepas ibu baru habis berpantang. Antara majlis yang dimaksudkan adalah majlis naik buai, majlis cukur jambul, majlis akikah dan lain-lain yang berkaitan. Sejak kebelakangan ini, ada juga disediakan dalam majlis-majlis perkahwinan di kawasan kampung. Tepung digentel dijadikan kecil seakan-akan anak lebah inilah yang menjadi tarikan kerana bentuknya umpama anak lebah seakan cendol tetapi lebih besar dan pendek.

bubur anak lebah

Makanan warisan yang semakin dilupakan seperti bubur anak lebah ini seharusnya diketengahkan semula supaya ia tidak pupus ditelan zaman. Adalah satu kerugian yang amat besar sekali jika makanan yang sedap ini tidak diwarisi kepada generasi muda untuk santapan anak cucu kita. Jika anda ada resepi bubur anak lebah, bolehlah berkongsi di ruangan komen untuk pembaca orangperak.com supaya dapat dijadikan rujukan dan merasai sendiri bertapa sedapnya bubur anak lebah makanan warisan Perak ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.