Boss Ketum Perak Tengah Ditumpas Polis

Pada 15 Mei 2017 dalam sekitar jam lebih kurang 4 pagi, 4 anggota Polis daerah Perak Tengah yang merupakan peronda MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah menahan sebuah kereta yang mencurigakan pada awal pagi itu. Kenderaan adalah jenis Mercedez Benz dan dipandu oleh seorang lelaki melayu berumur disekitar 30an. Lokasi penahanan individu tersebut adalah di jalan Kampung Gajah ke Teluk Memali menghala ke Teluk Intan.

Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan oleh anggota polis terhadap individu dan kenderaan yang ditahan, anggota polis telah menjumpai 32 bungkusan beg plastik yang berwarna hitam yang disyaki adalah daun ketum yang mempunyai berat anggaran dalam 110 kg dan pihak polis juga menjumpai 2 botol berisi cecair yang disyaki adalah air ketum sebanyak 3 liter. Kebanyakan yang dijumpai adalah berada di dalam bonet kereta Mercedez Benz tersebut.

Boss Ketum Perak Tengah Ditumpas Polis

Pihak polis telah merampas kesemuanya dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,300. Suspek lelaki melayu yang berumur disekitar 30an itu juga menjalankan perniagaan menternak ikan keli dan suspek telah ditahan reman selama 2 hari mulai 15 Mei 2017 sehingga 16 Mei 2017 untuk siasatan lanjut. Berikut adalah sedikit maklumat ringkas mengenai ketum untuk bacaan dan pengetahuan asas untuk anda yang tidak lagi mengenali ketum.

Pokok Ketum yang juga dikenali sebagai nama Pokok Biak, ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika sebenarnya. Selain itu, ia juga boleh dijumpai di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ketum ini dipanggil sebagai Kakuam, Ithang atau Thom dan di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Boss Ketum Perak Tengah Ditumpas Polis

Daun ketum sebenarnya telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga. Ianya juga digunakan bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Ketum dan terbitannya telah digunakan bagi pengurusan pengeluaran opioid oleh pengguna-pengguna opioid kronik. Data mengenai berapa kerap ia adalah penggunaan yang kurang kerana ia tidak dikesan oleh ujian saringan dadah biasa. Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Boss Ketum Perak Tengah Ditumpas Polis

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kes sebegini akan disiasat dibawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan sekiranya suspek didapati bersalah, mereka boleh dihukum dibawah seksyen 30(5) akta yang sama dan jika suspek atau individu disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda dengan wang ringgit yang bernilai sebanyak RM10,000.00 atau dipenjarakan selama 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.