Bom Di Persimpangan Lampu Isyarat Bota Kiri

Penduduk setempat di kawasan Bota yang berdekatan dengan Restoran Wan Lebor yang sedang teruja semasa menyaksikan para pelumba Le Tour de Langkawi di lampu isyarat Bota Kiri tiba-tiba digemparkan dengan amaran bom apabila seorang lelaki tiba-tiba memberhentikan keretanya di tengah jalan lalu menjerit terdapat bom di dalam kenderaannya.

Lelaki berusia kira-kira 30 tahun itu memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat di Bota Kiri kira-kira pukul 11 pagi tadi lalu keluar berlari dari kenderaannya dan menjerit kepada penonton semua supaya berlari menyelamatkan diri kerana terdapat bom di dalam keretanya.

Kejadian berlaku ketika peserta perlumbaan Le Tour de Langkawi dari Seri Manjung baru sahaja melalui laluan tersebut menuju Cameron Highlands. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebaik sahaja memaklumkan mengenai bom di dalam keretanya, lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Katanya, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan bagi mengetahui motif dakwaannya.

Difahamkan, kereta jenis Mercedes berkenaan yang dipercayai dipandu di belakang kumpulan pelumba Le Tour De Langkawi (LTDL) yang sedang dalam perlumbaan di peringkat keempat, ditinggalkan pemandunya di persimpangan berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah lagi kereta jenis Proton Wira yang dipercayai dipandu rakannya.

Leave a Comment