Blue Pool Simpang Pulai, Bukan Kawasan Riadah

Baru-baru ini, tersebar di media sosial facebook berkenaan dengan gambar dan video montaj tasik lombong yang airnya berwarna biru yang ada di Simpang Pulai. Ianya cukup cantik dan membuat ramai penduduk di sekitar Perak teruja apabila tahu tentang kewujudan tasik lombong berkenaan.

Blue Pool Simpang Pulai

Digelar dengan nama Blue Pool Simpang Pulai, tiba-tiba ia menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri keindahan tasik lombong berwarna biru tersebut. Oleh kerana itu, bekas lombong tersebut tidak putus-putus menerima kehadiran orang ramai yang tidak kira jauh ataupun dekat.

Blue Pool Simpang Pulai Blue Pool Simpang Pulai

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lokasi tasik lombong yang airnya berwarna biru di Simpang Pulai ini sebenarnya berada di dalam kawasan milik sebuah syarikat lombong dan ianya adalah merupakan kawasan larangan untuk orang awam untuk masuk ke kawasan persendirian.

Blue Pool Simpang Pulai

Saudara Chooi Yim Onn, berumur 65 tahun yang bekerja sebagai pengurus syarikat lombong tersebut menyuarakan kebimbangannya akan keselamatan orang awam yang semakin hari semakin bertambah berkunjung dan menceroboh masuk ke dalam kawasan syarikat mereka hanya untuk melihat keindahan tasik biru tersebut.

Blue Pool Simpang Pulai

Pihak syarikat lombong tersebut telah membuat laporan polis dan tidak mahu bertanggung-jawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa pengunjung yang datang. Hal ini kerana sebenarnya tasik lombong yang airnya berwarna biru itu amat dalam dan sangat bahaya.

Blue Pool Simpang Pulai

Blue Pool Simpang Pulai bukanlah satu lokasi produk pelancongan negeri Perak dan ianya hanyalah tasik yang terjadi akibat dari aktiviti perlombongan. Untuk menghalang orang ramai memasuki ke kawasan tasik lombong biru milik syarikat berkenaan, pihak syarikat telah memasang pagar namun masih ada yang menceroboh untuk kesana.

Blue Pool Simpang Pulai

Pengawal keselamatan yang diletakkan untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan tersebut cuba tidak diendahkan. Sedangkan pintu pagar pun dikunci tetapi tetap ada juga yang menyelinap masuk ke kawasan tersebut. Papan tanda juga telah diletakkan sebagai amaran kepada orang ramai untuk tidak menceroboh kawasan tersebut.

Kredit video facebook Khairul Rijal Schubert

Orang ramai dan warga Perak khususnya diminta agar untuk menturuti permintaan pihak syarikat lombong tersebut agar tidak menceroboh kawasan mereka kerana pihak syarikat lombong tersebut tidak mahu bertanggung-jawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa orang awam yang datang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.