Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Sejak wujudnya basikal apabila diperkenalkan buat pertama kali pada dunia adalah bermula di Eropah sejak pada abad yang ke 19. Baron Karl von Drais, seorang penjawat awam untuk Grand Duke of Baden di Jerman adalah individu yang pertama yang dikatakan mencipta basikal.

Basikal ciptaan Baron Karl von Drais

Basikal ciptaan Baron Karl von Drais

Sejak diperkenalkan pada dunia, basikal terus berkembang dengan begitu pantas sekali dari perbagai sudut. Ciri-ciri rekaan untuk mendapatkan kualiti yang terbaik pada penunggangnya. Pelbagai sudut untuk rekaan dinaik taraf oleh pencipta lain dan sehinggalah rupa basikal anda dapat lihat seperti mana hari ini.

Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Sepertimana kita semua tahu, basikal telah banyak memberi kesan dan impak terhadap sejarah dan membentuk budaya dalam masyarakat serta memberi manfaat dalam bidang industri. Ingatkah anda akan kisah-kisah tentera penjajah Jepun yang bergerak dengan menggunakan basikal dan amat ditakuti oleh masyarakat kita di Tanah Melayu?

Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, semasa penjajahan dan pendudukan Jepun di tanah melayu, mereka mengiktiraf Melayu sebagai peribumi dan Malaya pada waktu itu dinamakan sebagai “Ma-rai-ee”. Orang-orang Cina, India dan lain-lain pada waktu itu dianggap sebagai immigrant oleh tentera Jepun.

Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Sejak pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941, setiap basikal yang ditunggang mestilah berdaftar dan lesen khas akan dikeluarkan oleh pihak mereka untuk tujuan tertentu. Ia nampak seperti satu percaturan yang agak remeh buat masa sekarang, namun penggunaan basikal pada zaman itu adalah satu perkara yang agak jarang buat masyarakat melayu.

Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Menurut laman page facebook Eypoh Family Fan Club, gambar dibawah adalah gambar kepada lesen sebuah basikal yang dikeluarkan pada tahun 1945 yang bertulis tarikh 24.3.05 mengikut kalendar Jepun. Berdasarkan kalendar Jepun, 2605 bersamaan dengan tahun 1945.

Basikal Di Perak Kena Ada Lesen Sejak Zaman Jepun

Berdasarkan gambar lesen basikal diatas, lesen untuk basikal ini dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri Perak sewaktu dibawah naungan jajahan tentera Jepun. Sejak dari itu sehinggalah ke dalam lingkungan tahun 1980-an, sesiapa sahaja yang membeli basikal baru, lesen akan dikeluarkan untuk basikal tersebut.

Tidak banyak maklumat yang boleh dijumpai berkenaan dengan lesen basikal ini kerana hal ini semakin dilupakan. Jika anda punyai maklumat yang berkaitan dan ingin berkongsi bersama-sama pembaca setia orangperak.com yang lain, mohon komen dan lontarkan maklumat anda.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.