Bantu Sekolah Tahfiz Di Ipoh Bayar Tunggakan Bil Elektrik RM15,000

Sejak seminggu lalu, tular di laman sosial facebook berkenaan gambar bil dan surat amaran tentang pemotongan eletrik di Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi Kampung Kepayang di Ipoh. Menurut Azri Suratman selaku pengasas sekolah tersebut, mereka berdepan dengan tunggakan lebih RM15,000.

Melalui portal Sinar Harian ada menyatakan bahawa Azri Suratman berkata perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Oleh itu, kami dari orangperak.com berharap agar semua pembaca disini tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mereka.

Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lebih kurang seramai 76 orang pelajar yang belajar di sekolah berkenaan tidak dikenakan bayaran bulanan dan mereka hanya dikenakan yuran kemasukan sekali sahaja sebanyak RM2,000 untuk sepanjang tempoh pengajian.

Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi

Pihak sekolah mengharapkan kerjasama dari ibu bapa agar dapat membayar bayaran yuran sekali gus untuk menampung segala perbelanjaan namun pembayaran yuran yang dilakukan dibuat secara ansuran sehinggalah permasalahan seperti tunggakan ini boleh berlaku.

Surat amaran pemotongan

Surat amaran pemotongan

Tidak cukup dengan itu, pihak sekolah langsung tidak memaksa ibu bapa pelajar yang datang belajar di sekolah tersebut untuk membayar dengan seberapa kadar segera memandangkan latar belakang dan ekonomi keluarga juga agak kurang berkemampuan.

Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi

Sebelum ini yang mana sejak sekolah ini dibuka 5 tahun dahulu, ada yuran bulanan dikenakan untuk pelajar sekolah namun ada sebahagian ibu bapa yang tidak mampu untuk membayarnya. Oleh kerana hal tersebut, pihak jawatankuasa sekolah memutuskan untuk tiada lagi yuran bulanan.

Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi

Pihak sekolah telah merujuk dan berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai masalah ini dan mereka pihak sekolah tahfiz ini diberikan masa seminggu untuk menjelaskan bayaran pada bulan Oktober dengan nilai RM6,000 untuk mengelakkan pemotongan.

Bil elektrik bernilai RM16,682.60

Bil elektrik bernilai RM16,682.60

Disini, warga orangperak.com menyeru kepada semua pembaca setia agar dapat membantu pihak sekolah ini dalam meringankan beban mereka dan memudahkan pelajar sekolah untuk meneruskan pembelajaran dengan selesa. Berhenti menunding jari menyalahkan sesiapa dan bantulah jika anda mampu membantu.

Sekolah Menengah Tahfiz Az Zuhdi

Maklumat akaun bank dan bil elektrik TNB adalah seperti yang tertera dibawah:

  • Nama : Sekolah Tahfiz Az-zuhdi
  • BIL TNB : 220496725200
  • RHB : 25809300016158

Hulurkan bantuan, ringankan beban, permudahkan pelajar disana untuk meneruskan pembelajaran dengan selesa.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.