Banjir Besar Di Perak Pada Tahun 1926

Pada tahun 1926, detik bersejarah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap penduduk di negeri Perak pada waktu itu dan seluruh Tanah Melayu ialah banjir besar yang telah melanda seluruh negeri Perak dan kemudiannya merebak ke seluruh Tanah Melayu.

Peristiwa ini lebih dikenali sebagai Bah Besar tahun 1926. Hampir kesemua penduduk di negeri Perak dan Tanah Melayu turut merasakan pahit getir penderitaan akibat banjir yang memusnahkan jiwa dan harta.

Banjir ini telah menenggelamkan kebanyakan seluruh negeri Perak, terutama kawasan-kawasan penempatan di sekitar Sungai Perak, Sungai Kinta dan Sungai Batang Padang iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta Batang Padang dan Hilir Perak.

Malahan keadaan banjir ini menjadi lebih buruk apabila ianya mulai melanda seluruh Tanah Melayu sehingga 28 Disember 1926. Kejadian banjir ini, berpunca daripada kawasan tanah Perak yang rendah, serta paras airnya yang tinggi sehingga melebihi paras tebing Sungai Perak yang biasanya mempunyai ketinggian 105 kaki.

Banjir Besar Di Perak Pada Tahun 1926

Ekoran daripada hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti. Maka pada 30 Disember 1926, paras air naik melebihi 143.8 kaki iaitu lebih teruk berbanding paras air banjir semasa dalam tahun 1897.

Disamping itu, banjir itu juga telah memusnahkan sama sekali terusan-terusan pengairan dan kawasan-kawasan sawah padi dan kebun-kebun. Bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini, satu gerakan penempatan sementara dan bantuan kecemasan telah diberikan oleh kerajaan.

Oleh yang demikian, bagi membantu mangsa-mangsa banjir, satu gerakan penempatan sementara dan bantuan kecemasan telah ditubuhkan oleh kerajaan. Untuk itu kira-kira 10,000 hingga 12,000 buah penempatan semula telah disediakan.

Satu perkhidmatan pengangkutan keretapi khas telah disediakan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir dari Kuala Kangsar ke Taiping dan kemudiannya ditempatkan semula ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar.

Banjir Besar Di Perak Pada Tahun 1926

Banjir ini telah memutuskan banyak jalan-jalan hubungan utama di negeri Perak. Diantaranya ialah:

  • Jalan Kuala Kangsar ke Grik yang memutuskan hubungan Hulu Perak dengan kawasan Kroh.
  • Jambatan laluan terapung Sungai Perak dan lain-lain jalan di Kuala Kangsar serta jambatan terapung Enggor.
  • Jambatan landasan keretapi Enggor yang mengalami kerosakan dan memutuskan perjalanan keretapi dari utara ke Kuala Kangsar.

Banjir Besar Di Perak Pada Tahun 1926

Susulan itu, sejumlah RM25,000 telah diperuntukan untuk memperbaiki jalan-jalan raya dan jambatan-jambatan yang rosak akibat banjir. Disamping itu juga kerajaan negeri turut menerima sumbangan sejumlah RM100,000 dari badan-badan kebajikan sukarela dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu dan negeri Perak, untuk membiayai kerja-kerja pemulihan pembangunan semula.

Sesungguhnya banjir besar pada hari ini telah mencatatkan sejarah hitam bagi Perak, dan kesannya kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk memulihkan semula keadaan di Perak.

Banjir Besar Di Perak Pada Tahun 1926

Untuk pengetahuan anda, banjir pada tahun 1926 yang melanda Perak turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah.

Pada tahun itu banjir turut melanda negeri-negeri lain termasuk Kelantan dan Terengganu yang menyebabkan kemusnahan kediaman, jalan raya dan tanaman. Bagaimanapun, tidak banyak rekod diperoleh mengenai bencana tersebut kerana ketika itu Tanah Melayu diperintah oleh British.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here